Aku Sayang Kamoo!!

Tuesday 27 December 2011

Cinta Mat Afrika...

Lately ni aku selalu terbaca pasal mat afrika kat suratkabo nie...gadis ditipu oleh mat afrika la...kebanyakkannya pasal cinta cintun la,bukan gadis jer..warga emas pun terjebak!!..suratkabo metro ari nie pasal jual harta demi cinta mat afrika, alahai......sampai mcm tu skali...


Tapi dari dulu sampai la aku memang tak faham, orang kita, bangsa kita nie..mcm dah takde lelaki melayu terakhir kat malaysia nie..afrika jugak yang dicari nya, peliknya apa yang istimewa sangat diaorang nie? kalau bab kulit...hehehehe(faham2 jer la, kang ckp kenan kat anak lak),ketinggian?..memang la depa2 nie jenis baka tinggi..itu tak dinafikan la..lg..aper lagi? ataupun mungkin bab kelakian dia lagi power kot(maksud aku..hehehe..faham2 sendirik yer). pada mata aku mmg tak berkenan la..skit pun tak!!!..tak kira la tinggi ker, power ker...aku tetap pilih teruna malaysia gaks (emo la pulak ari nie..) jom baca paper kat bawah nie...







KUALA LUMPUR: Tidak semua wanita yang menjalin hubungan dengan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ diberikan kemewahan, sebaliknya ada antara mereka yang papa gara-gara dikikis golongan licik berkenaan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Imam Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek (gambar) berkata, pihaknya sendiri pernah menerima kes membabitkan wanita yang kehilangan rumah dan harta benda lain akibat terpedaya dengan cinta palsu Awang Hitam.

Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan kesan negatif bakal dilalui mangsa yang tidak hanya terhad sebagai hamba seks mahupun pukul, sebaliknya wang ringgit juga mampu habis dikerjakan lelaki berkulit hitam itu.

“Dalam satu kes yang kita terima, seorang wanita warga emas sanggup menjual asetnya termasuk rumah hanya kerana terpedaya dengan janji manis Awang Hitam yang dikenali menerusi Internet. Lelaki itu konon akan berkahwin selepas wang yang mahu dilaburkan dalam perniagaan jongkong emas bernilai jutaan ringgit dipindahkan kepada wanita berkenaan.

“Ini yang kita risaukan kerana wanita terlalu cepat tertipu. Semua kegiatan Awang Hitam yang sudah dibongkar sepatutnya dijadikan iktibar supaya tiada lagi wanita tempatan tidak kira bangsa apapun terperangkap dengan tipu helah mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, susulan kes berkenaan, beliau menasihatkan orang ramai khususnya wanita berhati-hati ketika berurusan dengan warga Afrika walau dalam apa keadaan sekalipun.


Sementara itu, Pakar Motivasi, Prof Izzi Ali menasihatkan wanita di negara ini tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan limpahan kemewahan ditawarkan Awang Hitam berikutan punca wang itu masih belum jelas.

“Selidik dulu latar belakang mereka, jangan terlalu percaya dengan apa yang mereka katakan walaupun secara lahiriah ia nampak betul. Paling penting, berpegang pada agama supaya diri tidak mudah tergelincir lebih-lebih lagi ke lembah maksiat,” katanya.











Cuba tengok betoi2...hensem ka??? Jawab skang!!


8 comments:

Nafisya Ismail said...

hensem gak.. kehkehkeh :p

mekjangok said...

Nafisya: oh tidak!!!!!

Unknown said...

Erk tak tau nk kate la

cinte membutekan

Parin's wife said...

geli la tgk gambo tuh!

mekjangok said...

IFFAH: betul tu..cinta itu buta..tp mata x buta kan?hikhikhik

mekjangok said...

Nur Raihana: geli ker suker? hehehehe

fatema said...

smart tuhh berkilat..hehe

Anonymous said...

encemmmmm.... @.@