Aku Sayang Kamoo!!

Friday, 30 December 2011

Tips Kurang Kadar Kolestrol...

Hai...coti2 sekolah nie ramai yang dapat jemputan kenduri kawin kan?makan sana,makan sini..sampai dah tak larat dah, diet pun hancuss...yang tu sedap,yang nie sedap...wah,kemain lagi korang ekk...makan kita makan jugak, kesihatan pun kena la jaga...termasuk la aku nie...hehehehe...Okess kali nie aku nak berkongsi dgn korang sume cara mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh korang, ia boleh dilakukan dengan pengambilan makanan anti kolestrol yang boleh diperolehi dalam hidangan seharian. Jangan disebabkan kolesterol dalam badan korang terus diet sume makanan...cuma korang kena la berpantang makanan yang berlemak2..mana2  makanan feberet korang seperti roti canai, nasi lemak, yang berlemak-lemak tu..rentikan dari sekarang..korang cuba amalkan apa yang aku listkan nie, senang didapati..

Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.

Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung

Mangga

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.

Teh 

Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Epal 
Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah
Anggur 
 Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh seseorang.

Minyak Zaitun 
Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia




4 comments:

Cik Aini Lavender's said...

best ni...bleh tambah2 info =)

Gen2Merah said...

menarik.. thanx for sharing.. all the best ye

▪imie fatima▪ said...

yerrr bila dah penuh perut..tips2 beginilah kita godak kiki..saya makan epal hijau sebiji sehari..dari remaja lg amalkan..alhamdulillah ok..penghadaman pun okey..hari2 tiap pagi gi toilet..bagus!!

mekjangok said...

CIK AINI: thankz dear...