Aku Sayang Kamoo!!

Wednesday, 27 February 2013

Thursday, 7 February 2013

Sekejap Je Masa Berlalu...

As Salam uolss...

Lama betul tak bukak belog, lately nie kesibukan melanda...mmg x sempat, terima kasih pada yang sudi singgah and follow my belog, jangan risau...aku dah blogwalking kat belog korang and follow....

Okey la, 4/2/2013 aritu adalah Hari Jadi anak aku yang pertama...Azim Nizariff Azizan, genap la 6 tahun, sekejap je masa berlalu...masih lagi terbayang2 kat depan mata nie waktu dia kecik...rupa2 dah besar anak mama sekarang, dia la abg yg sentiasa mengalah dengan adik2nya especeli aman, tak banyak kerenah dah amat sensitif, tak pernah aku merotan dia, cukup la dengan nasihat dia dah sedih....berbeza dengan aman, betul org2 tua ckp, lain anak lain perangai..x sama...buat suamiku, rasanya baru semlm kita bercinta, cepat benar masa berlalu dan mama pun dah makin tua rasanya...hehehehe...

so balik keje kami pun merempit la gi beli sebijik kek buat dia, wish happy birhtday kami2 jer.....plan nak buat parti kat dia, panggil kengkawan dia dtg umah, tp 4/2 tu jatuh ari isnin, ari kije.....lagipun minggu nie nak balik kampung...so next time ye azim, ape yg penting doa abah & mama...

jeng3!!!...inilah dia kek hari jadi azim, simple jer...yg penting lilin tuh! hikhikhik...

kemain seronok dah tak sabar2 nak tiup...

Peace yo!!..hehehe

Happy Birthday to YoUUuuu.....

Nie budak nakal yg sibuk nak tiup lilin jugak, melalak nak tiup lilin, so dah dapat senyum la...

My Prince....mama & abah  luve u a lots...

My Princess dah tido...semlm gi cucuk dia untuk 5 month, berat dah 8kg..fuh semangat!

Buat azim, mama dan abah doakan agar jadi anak yg soleh dan cemerlang, sentiasa hormat orang tua...sentiasa sihat dah jadilah abg yg  sentiasa melindungi adik2mu..

Pada uolss, Selamat Tahun Bari Cina, cina beraya kita yang sibuk ek..hehehhe...mana2 yang balik kampung tu, berhati2 di jalan raya, nanti kita jumpa lagi di next entry...

p/s: minggu yg sibuk dan memenatkan..huhuhuhu...apakah?!!

Friday, 18 January 2013

Rahsia Anak Ke-2?


Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.




Rahsia Rukun Sembahyang..

Salam Jumaat uolss..;-)

Jom hari nie kita berkongsi sedikit tentang kelebihan solat,ingat mengingati sesama kita..sesibuk mana pun kita..jaga la solat..okey!
Samaada mengerjakan solat fardhu atau sunat, kita mestilah memenuhi 13 rukun sembahyang. Selain menjadi syarat sah solat, sebenarnya ade hikmah tersembunyi disebaliknya.

1. Niat Sembahyang: 
  • Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Tegak:

  • Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram:
  • Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Membaca Surah Al-Fatihah:
  • Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk:
  • Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal:
  • Akan memberi minuman air dati telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud:
  • Memagar kita ketika menyeberangi titian siratul Mustakim.
8. Duduk antara dua Sujud:
  • Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk Tahhiyat Akhir:
  • Menjadi kenderaan ketika ketika kita di padang Mahsyar.
10. Membaca Tasyahhud:
  • Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nakir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi:
  • Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam:
  • Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib:
  • Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t


Thursday, 17 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu


As Salam uolsss!! ;-);-)

Hari nie adelah hari untuk bersegmen, itu aku jer la kot..hehehe..kepada yg berminat nak join segmen nie..jom ler...leh tambah kenalan lagi, ape salahnya khan!...dari dok saje2..google ntah ape2 khan...meriahkan lagi segmen yg dianjurkan oleh kengkawan blogger nie..hebahkan kpd kengkawan yg lain ek..

Tarikh Tamat
15 Februari 2013



Segmen Top Up By Emas Putih...





Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower.
Selamat Bersegmen :)

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam



Nak Tengok 2 Orang Maid Nora Danish? Cun Tu...

As Salam...;-);-)

Gambar pembantu rumah Nora Danish...cum melecun ko!!Memang boleh tahan cantik dan seksi amah yang diupah oleh Nora Danish, mengalahkan tuannya sendiri. Ramai peminat Nora yang memuji kecantikan pembantu rumahnya sehingga mereka terlupa bahawa Nora juga cantik macam mereka. 




Dah la cantik,seksi lak tu...kalau maid korang mcm nie, ape korang rasa? Kalau aku harusss la....wink wink..hahahahahaha

Tuesday, 15 January 2013

Happy Anniversary!!...

As Salam...

Alhamdulilah...dah selesai menjoinkan diri untuk segmen yg dianjurkan oleh kengkawan blogger, harap sedikit sebanyak dapat lah meriahkan lagi entry yg dianjurkan. 

Hari Ahad lepas 13 Januari 2013 genap la 7 tahun perkahwinan, terima kasih padamu Ya Allah masih lagi diberi nafas sehingga kehari ini, masih lagi diberi kasih sayang agar aku dapat menyayangi insan yg bergelar suami,  masih lagi diberi kekuatan untuk aku membesarkan 'tanda cinta' kami...semoga kebahagian ini kekal selamanya..amin.

Takde nak celebrate kat mana2 pun, arissa kecik lagi...jadik kalau nak celebrate kat luar tu susah skit la...jadik kami celebrate kat umah jer dengan anak2..itu pun dah cukup...jom ler layan gambo nie untuk dikongsi bersama uolss sume....

Inilah kek yang di suprise oleh my hubby...yg abiskan anak2 aku la...aku kureng skit kek2 nie..tp mkn la jugak..

We order pizza...yg nie mmg favourite aku..dah lama nak mkn nie,sampai merajuk2 dgn hubby...hehehehehe...oleh kerana tekak laki aku nie tekak melayu..jarang dpt mkn nie...kalau nak mkn keluar la dgn kawan2... kalau dgn my hubby mesti nak nasik3!!!


So,budak berdua nie seronok la...mmg favourite diaorg...sibuk ckp kat aku 'hepi besday mama'...hahaha...whatsoever la...pape pun...mama sayang korang...

Inilah 'cinta hati' aku...hehehe...sebok jugak nak ckp cinta hati, bukan shila Amzah jer yg ade cinta hati,aku pun ade noks...nie baru nak kenalkan...hikhikhik...si aman tu suka buat muka mcm tuh, azim lak dgn muka x puas hati sbb sebelum tu dia sibuk nak amik gambo...tp aku tak kasi...hehehehe..

Opsss...cinta hati aku ade bagi kad...romantik gitu!..hadiah lain..biarlah rahsia!hahahahaha....gurau jer la,terima kasih kerana x pernah lupa hari ulangtahun kita,berani dia lupa! tu mmg nak kena la tu,....

So pas mkn jer...budaks kenits nie main color2, janji diaorg tak bising...pantang nampak camera, tgh color pun boleh bergaya.....mcm tu la perangai budak2..

Inilah hasil keje diaorg...color ntah apa2...kartun tu aku amik kat hellokids, so jimat la skit..x payah nak beli buku colouring...

Budak 'bam bam' nie mmg x tahu pape...awal lagi dah tido...sekarang dah 4 bulan lebih...berat 7.6kg dah, semoga anak mama sihat selalu...love u!!..

Biarlah kebahagiaan nie selamanya,buat 'cinta hati' yg banyak menyokong aku dlm dunia blogging...i love u so much n ever!!...buat kawan2 blogger terima kasih atas semangat yg korang berikan,terima kasih kerana sudi membaca apa yg aku tulis tanpa jemu,walaupun kekdg ayat aku merapu,kekdg membebel..aku bukan penulis novel yg bisa menyusun ayat sehingga menyentuh kalbu,aku hanya manusia biasa yg belajar dari kesilapan....aku menulis apa yang aku rasa...bukan apa yg kau rasa....

Ok la..bye, time tooo work!!..




Segmen 1: My Followers...

As Salam..

Hari nie dah dua segmen aku join...ari nie last day segmen nie,harap sempat lagi la,syarat2 dia pun senang jer..


1.follow saye, sy akan follow balik nanti.. 
2.buat satu entry"segmen1:my follower" 
3.dalam entry tersebut masukkan link entry segmen ni,jumlah follower korang terkini(nk print screen pun boleh)dan ajak rakan-rakan lain join sama
 4.copy& paste link entry korang dekat komen bawah ni 
5.saya akan update senarai peserta.WAJIB follow semua peserta segmen nie nanti 
6.beberapa peserta bertuah akan dicari dr segmen nie.. 




no.6 tu saya suker!!...sekadar tambah kenalan...buat semua yg singgah...selamat berkenalan......

"Aku pun nak Hutan Kabut Review!"



http://daricahayahati.blogspot.com/2013/01/jom-join-review-hutan-kabut.html#

Asslamualaikum....

Orang lain sibok nak review...aku pun sama la menyibokkan diri...saje suka2 memeriahkan lagi segmen nie....sekurang2nya bertambah la lagi kenalan aku....kepada yg datang singgah tu, jangan malu2 follow aku...jangan lupa tinggalkan komen...nanti aku singgah blog korang...wokey!

Thursday, 10 January 2013

Kasihnya Seorang Ayah...

As Salam...;-) ;-)

Pagi tadi aku ade singgah kat kat 1 blog nie, tetiba baca dia punyer entry...pepagi lagi aku dah sedey, aku nie jenis cepat tersentuh,ayat mcm kasar jer..tapi dalam hati ade taman..huhuhu...menitik air mata aku ko..nasib tak meraung jer...aku dah minta kebenaran kat empunyer blog nie nak share cerita kat semua yg mengunjungi blog aku...biar la jadi pengajaran buat kita semua, jom baca,


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...


Kasihnya seorang ayah kepada anaknya, biar dia x berduit..janji anak sentiasa gembira...huhuhu..

Wednesday, 9 January 2013

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2012 (1-10)

As Salam...

Bila dengar je 'kaya'..semua orang inginkan, sape tak nak kaya wey...seronok tgk orang kaya2 nie..duit billion2...bukan mcm aku..ujung bulan dah nyawa2 ikan...tp yang penting bersyukur la dengan rezeki yang kita terima,senarai orang terkaya malaysia 2012 telah dikeluarkan...jom ler kita cuci mata tgk angka duit diaorang..pastu berangan skit2...



Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
 Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Aset : RM50/04billion
Business : Kerry Group / Kuok Group
2.
Tan Sri T Ananda Krishnan
Tan Sri Ananda Krihsnan

Aset : RM47.78billion
Business : Astro, MAxis, Usaha Tegas Sdn Bhd
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
 Tan Sri Teh Hong Piow

Aset: RM 12.776 Billion
Business : Public Bank

4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
Tan Sri Lee Sin Chen

Aset : RM12.74billion
Business : IOI Group


5.
Tan Sri Lim Kok Thye

Aset :RM10.9 Billion
Busines : Genting Group


6.
Tan Sri Quek Leng Chan
Tan Sri Quek Leng Chan

Aset : RM10.725 billion
Business : Hong Leong Bank


7.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Aset: RM8.84 Billion
Business: Albukhary Foundation


8.
Puan Sri Lee Kim Hua
Puan Sri Lim Kim Hua

Aset : RM7.429billion
Business : Genting Group


9.
Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King
Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King

Aset: RM 4.772 Billion
Business: Rimbunan Hijau Group


10.
Tan Sri Dato' Vincent Tan
Tan Sri Dato’ Vincent Tan

Aset: RM 2.434 Billion
Business: Berjaya Group


Source : Forbes, Wikipedia

11.
Puan Norhayati Mohd Ali

Aset: RM 10.50 sen (bila ujung bulan..huhuhu)
Business: Keje Gomen jer..



Tapi pelik kan...mana pegi orang melayu kita? Sorang jer kalau tgk dalam list tu...;-(...

Pencarian Bloglist 2013 II Blog JCB


wink wink ;-) ;-)

Jom  join segmen yang dianjurkan oleh tuan tanah kedaung iatu Blog JCB, dah tua cenggini aku masih lagi layan segmen mcm nie..takpe la...tua pada angka...ade ku kisah...yang penting hati mesti ikhlas...berkawan biarlah beribu2..bermusuh jgn sekali...

Kepada sesape yg nak join..dipersilakan la...

Ok la...kepada yg dah join tu...nanti aku terjah...adios..

Tuesday, 8 January 2013

Fellina Vitamin C Plus Pure Collagen

wink wink ;-) :-)




Wah...wanita mmg obses dengan kecantikan, mcm aku la khan...pantang ade benda baru mesti google nak cari...hangat diperkatakan hari ini...produk Fellina Vitamin C Plus Pure Collagen nie..tp aku nak tanya pendapat korang yang dah pernah makan nie..bagus ker? Iye la ko..bab mkn2 nie risau la skit...nak cantik sangat...tetiba timbul penyakit lain lak...kena beringat la jugak..pendapat korang pleaseeee? jom kita intai2 skit khasiat dia...


Felinna Vitamin C plus Pure Collagen 5000mg, satu2nya produk keluaran bumiputera yang menandingi produk antarabangsa!
 
Hanya sebiji sehari untuk membantu badan cergas dan sihat selain memelihara kecantikan kulit..
 
KANDUNGAN UTAMA:

*Kolagen marin - Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebagai agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.

*Glutathione - Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.

*Vitamin C - membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.

*Ekstrak sitrus - mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.
DOS PENGAMBILAN:
Ambil 1-2 kapsul sehari selepas makan malam atau sebelum tidur. Minum banyak air sepanjang hari untuk membantu badan menyah toksin dan melancarkan peredaran darah bagi memaksimakan kesan penyerapan vitamin C ini.

Reg no :ULUKM/1542/12 
Halal ref No : 150127-PR 
MFG :1012 
Exp.Date : 1015