Aku Sayang Kamoo!!

Friday, 30 December 2011

Tips Kurang Kadar Kolestrol...

Hai...coti2 sekolah nie ramai yang dapat jemputan kenduri kawin kan?makan sana,makan sini..sampai dah tak larat dah, diet pun hancuss...yang tu sedap,yang nie sedap...wah,kemain lagi korang ekk...makan kita makan jugak, kesihatan pun kena la jaga...termasuk la aku nie...hehehehe...Okess kali nie aku nak berkongsi dgn korang sume cara mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh korang, ia boleh dilakukan dengan pengambilan makanan anti kolestrol yang boleh diperolehi dalam hidangan seharian. Jangan disebabkan kolesterol dalam badan korang terus diet sume makanan...cuma korang kena la berpantang makanan yang berlemak2..mana2  makanan feberet korang seperti roti canai, nasi lemak, yang berlemak-lemak tu..rentikan dari sekarang..korang cuba amalkan apa yang aku listkan nie, senang didapati..

Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.

Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung

Mangga

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.

Teh 

Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Epal 
Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah
Anggur 
 Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh seseorang.

Minyak Zaitun 
Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia




5 Blog Paling Di Minati....




Hai uolsss...aku memang pantang bila nengok contest2 mcm nie, tujuan aku bukannya giler glamer jauh sekali mata duitan, cuma hendak mencari kengkawan yang sudi berkawan, sudi follow, mungkin korang buless berkongsi pendapat apa yg aku rasa...sama2 meriahkan lagi dunia blog kita nih..

Blog aku takde istimewa sangat sekadar berkongsi apa yang aku rasa, tentang kehidupan aku, luahan hati, tips kesihatan, kegembiraan, resepi-resepi masakan dari aku sendiri yang kekadang jadik,kekadang tidak..apapun janji hidup kita enjoy....hiasilah hari2 korang dengan senyuman...walau marah sekalipun..okess la, 5 blog paling aku minati:

http:www.mamatiamia.blogspot.com

http:www.cikpower.blogspot.com

http:www.nraihana.blogspot.com

http:www.anaknegori.blogspot.com

http:www.inibelogguwalah.blogspot.com



Ini Bukan Lucah, Ini Kenyataan....






Boleh kah anda terima perempuan suka duduk kurang sopan? naikkan kaki ke atas kerusi dan sbginya..Apa korang rasa?

i) Ya, apa salahnya?
ii) Ya, aku suka tengok
iii) Tidak!!!!! aku sensitive..



OH TIDAK!!!!!

Tak Adalah Seksi Mana Pun..







Mornink uolss....pagi nie aku memang emosi skit, sakit hati,kecewa..bla..bla..bla...mcm2 lagi la bila terbaca statement retis nie...nampok no cakap tak pakai otak...aku tertanya jugak..mak bapak dia tak ajar jer cara-cara menutup aurat..jom baca statement dia...

'"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.'


Tak seksi macam tu...aku rasa bogel baru dia rasa seksi kot, nie mesti nak glamer cepat nie..Buat retis ni..takpe la, selagi tuhan tak turunkan bala kat kamu, buless la ckp mcm tu...menidakkan suruhan dia...sesungguhnya allah sayangkan umatnya, kembali la ke jalan yang allah redhai.....

Tetiba aku sedih...sedih melihat sedara sesama islam ku jauh terpesong, lupa akan rahmat yang dilimpahkan, jauh sekali untuk mensyukuri...



Thursday, 29 December 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA




LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA


Pertama sekali saya nak menambah jumlah pembaca blog saya yang baru nak bertatih-tatih ni...harap dapat sokongan dari blogger yang lain. Saya amat menghargai sokongan dari anda semua.

Blog saya hanyalah sekadar blog biasa sahaja yang berkongsi apa jua cerita tentang diri, tips-tips kesihatan, kekadang terlepas jugak membuat ketupat.Akhir skali terima la pantun dari saya yang tak seberapa indah...wink..wink.


duduk termenung tepi jendela
teringat kekasih pujaan jiwa
harap ada sudi terima
jadi teman kala suka dan duka

gadis cantik manis senyumnya
suka termenung sambil berangan
tak kira siapa tak kira rupa
asal ikhlas bila berkawan

Wednesday, 28 December 2011

Melaka Part 2

Masih lagi cuti-cuti kat Melaka...bagi aku kampung mentua dgn kampung sendiri sama jer...janji enjoy! Cuma bila balik kampung mentua nie..suasana kampung terasa sgt, bgn pagi dapat dengar ayam berkokok, keliling banyak pokok buah-buahan, berbeza ngan kampung aku...betul2 dekat ngan pantai...dikelilingi pokok2 kepala yang berliuk-liuk apabila ditiup angin, kekadang terdengar daun2 bergeseran bila ditiup angin..cewah..mcm best kan?!








Dah selesai minum pagi  aktiviti mengait buah rambutan pulak, sekarang nie musim buah-buahan, umah MIL nie memang ade pokok rambutan kat laman dia, nak mkn jer amik terus dari pokok..fresh jer..



hehehe..inilah bapak mentua aku...dah tua masih lagi kuat, dah larang jgn panjat...dipanjatnya jugak,biorkan jer...janji dia gembira anak cucu dia balik...


My hero seronok mengutip buah rambutan...kutip 2 tangkai jer..selebihnya main,lastly aku yang kena kutip..



Dah kutip2 sume..asingkan daun2nya kemudian ikat kemas2..



Hasilnya.....



Yang nie pon sodap!!..


 Petang pulak aktiviti membasuh kereta, budak berdua memang la suka...coz dapat main air, berjam2 pun takpe...yang penting diaorang enjoy..kalau kat kl      takdenyer main2 cenggini, nak basuh kete gi car wash jer...



Balik dari melaka singgah umah kak ipar kat shah alam hantar buah kat depa, tengok tuh...kemain lagi melayan citer upin ipin, mcm nie la selalu bila pergi umah kakak ipar....berebut2 nak main komputer,mcm tahu2 jer...tapi budak sekarang nie cepat pandai, ajar skit jer dah boleh..kekadang risau gak!!


Minggu depan cuti lagi...seronoknya kalau macam nie kan? sekejap jer dah nak masuk 2012..cepatnya masa berlalu,sedar tak sedar umur pun dah meningkat..rasa mcm umor  21 tahun lagi..hehehehe

Melaka Part 1

Morning uolsss...ari nie aku dah ok skit, takde nak emosional sgt kat mat afrika tu...mood baik untuk berkongsi cerita tentang cuti-cuti meri kismes kat MELAKA..balik sana pun tak kemana pun..cuma memenuhi undangan kahwin jer...lagipun masa balik aritu asyik hujan jer..masa tu la kemain ramai yang buat kenduri kawin..takpe la, ujan2 nie syok kawin....sojuk!! So bila balik umah mak mentua nie tak leh la nak bangun lewat2 seperti yang selalu aku buat bila hujung minggu...hehehehe...sama la jugak ngan uolss kan...







Pagi-pagi bangun jer si aman nie dah bising2 ajak kluor..katanya nak nengok ayam..so aku ikutkan jer..bagi dia main2 kejap kat laman tu..maklum la, kat kampung boleh la nak nengok ayam itik..kalau kat kl mana ade...itu yang 'jakun' skit tu...





MIL ni memang suka bercucuk tanam..kali nie aku balik dah berbuah nenas nie..harap2 takde ler yang curik, jgn tak tau..nenas pun nak dicurinya, kesian MIL..dah tanam ,siram bagai pokok tu, bila dah masak..esoknya nak amik dah takde,MIL cakap nenas nie memang best..manis sgt..berbeza ngan nenas biasa yang selalu kita makan tu..buahnya besar dari nenas biasa...




My hero dah siap2 nak gi kenduri..si abg tu menangis buat perangai tak nak pergi kenduri, katanya bosan!.. kecik2 dah pandai cakap bosan..ntah sape ngajornyer...si adik tak kisah..janji berjalan mesti ajak dia..kalau tak melalak kalah suara pompuan!



MIL and azim..dia makan paling banyak sekali!..feberet dia sambal ayam...gi mana2 kalau ade sambal..tak kisah la sambal ape,janji sambal..memang berselera la makan...


Me And Aman...sweet bila wat muka mcm tu...hehhe



Balik kenduri masing2 tido...kekenyangan...biasa la budak2, bila dah kenyang senang nak tido..so senang la nak layan tb..kalau tak berebut remote la ngan 2 hero nie...asyik nak nengok kartun manjang...tension aku!!

Tuesday, 27 December 2011

Cinta Mat Afrika...

Lately ni aku selalu terbaca pasal mat afrika kat suratkabo nie...gadis ditipu oleh mat afrika la...kebanyakkannya pasal cinta cintun la,bukan gadis jer..warga emas pun terjebak!!..suratkabo metro ari nie pasal jual harta demi cinta mat afrika, alahai......sampai mcm tu skali...


Tapi dari dulu sampai la aku memang tak faham, orang kita, bangsa kita nie..mcm dah takde lelaki melayu terakhir kat malaysia nie..afrika jugak yang dicari nya, peliknya apa yang istimewa sangat diaorang nie? kalau bab kulit...hehehehe(faham2 jer la, kang ckp kenan kat anak lak),ketinggian?..memang la depa2 nie jenis baka tinggi..itu tak dinafikan la..lg..aper lagi? ataupun mungkin bab kelakian dia lagi power kot(maksud aku..hehehe..faham2 sendirik yer). pada mata aku mmg tak berkenan la..skit pun tak!!!..tak kira la tinggi ker, power ker...aku tetap pilih teruna malaysia gaks (emo la pulak ari nie..) jom baca paper kat bawah nie...







KUALA LUMPUR: Tidak semua wanita yang menjalin hubungan dengan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ diberikan kemewahan, sebaliknya ada antara mereka yang papa gara-gara dikikis golongan licik berkenaan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Imam Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek (gambar) berkata, pihaknya sendiri pernah menerima kes membabitkan wanita yang kehilangan rumah dan harta benda lain akibat terpedaya dengan cinta palsu Awang Hitam.

Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan kesan negatif bakal dilalui mangsa yang tidak hanya terhad sebagai hamba seks mahupun pukul, sebaliknya wang ringgit juga mampu habis dikerjakan lelaki berkulit hitam itu.

“Dalam satu kes yang kita terima, seorang wanita warga emas sanggup menjual asetnya termasuk rumah hanya kerana terpedaya dengan janji manis Awang Hitam yang dikenali menerusi Internet. Lelaki itu konon akan berkahwin selepas wang yang mahu dilaburkan dalam perniagaan jongkong emas bernilai jutaan ringgit dipindahkan kepada wanita berkenaan.

“Ini yang kita risaukan kerana wanita terlalu cepat tertipu. Semua kegiatan Awang Hitam yang sudah dibongkar sepatutnya dijadikan iktibar supaya tiada lagi wanita tempatan tidak kira bangsa apapun terperangkap dengan tipu helah mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, susulan kes berkenaan, beliau menasihatkan orang ramai khususnya wanita berhati-hati ketika berurusan dengan warga Afrika walau dalam apa keadaan sekalipun.


Sementara itu, Pakar Motivasi, Prof Izzi Ali menasihatkan wanita di negara ini tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan limpahan kemewahan ditawarkan Awang Hitam berikutan punca wang itu masih belum jelas.

“Selidik dulu latar belakang mereka, jangan terlalu percaya dengan apa yang mereka katakan walaupun secara lahiriah ia nampak betul. Paling penting, berpegang pada agama supaya diri tidak mudah tergelincir lebih-lebih lagi ke lembah maksiat,” katanya.











Cuba tengok betoi2...hensem ka??? Jawab skang!!


Friday, 23 December 2011

Tanya Sama Ustaz...


Sape antara korang pernah bertanya soalan macam nie kat ustaz?hahahaha...
Tak terpikir aku kalau simpan selipar dalam umah nyamuk tak masuk...mungkin sebelum nyamuk masuk tu dia bagi salam dulu kot...hahahaHAHAHA...Ade-ade jer...


PAPE PUN ENJOY!!


Pada kengkawan yang dah bercuti tu aku ucapkan selamat bercuti...selamat menyambut meri kismes buat member2 bukan beragama islam...aku pun sama mcm korang...sibuk nak balik kampung, x jauh mana pun..MELAKA jer..


Bye....hati2 di jalan raya..ingat la orang tersayang

Wednesday, 21 December 2011

Majalah Feberet...

Cepat dapatkan majalah GILA-GILA terbaru keluaran Disember 2011..




Apa majalah feberet korang? Jom kongsi ngan aku...dulu waktu kecik2 suka la baca majalah hiburan..mangga,urtv,media..banyak lagi la...tapi tu selingan jer selepas baca majalah GILA-GILA..hehehe..aku adalah salah sorang peminat majalah GILA-GILA..bila baca majalah tu, hati yang tengah marah boleh sejuk...relaks jer bila tengok kartun nih...hati pun tak sakit, iye la..kalau baca citer retis..hati pun sakit tengok gelagat diaorang nie..ade jer kontroversi nak femeskan diri...tapi artis nie bila kena kutuk..marah!!.....tiap2 bulan mende nih la yang aku cari, majalah nie memang laku abis...macam goreng pisang panas...kekadang ade jugak aku termiss...tapi tahun nie memang nak order untuk setahun punyer..puas hati!


Dalam majalah GILA-GILA nie aku suka kartunis CABAI...cerita tentang TIGA DARA PINGITAN, koleksi TDP pun aku ade..dari jilid 1-5...hehehe..bukan tak suka majalah lain, majalah yang lain pun aku layan jugak...kecuali MASKULIN..hehehe..tu lelaki punyer..


Okess la...tak yah cite banyak2...tangan aku pun dah penat...idea pun sekerat tu jer..kalau rasa berminat tu gi la beli...pasni seyes semua GILA...hahahaha...





Fire Drill La Sangat...

Pagi tadi tengah matahari baru nak bangun...opis aku adakan latihan kebakaran buat semua staffnya, konon nanti kalau pape jadik..tahu la korang ape patut dibuat...makcik2 kat opis aku biase ler....bising ler..ujung2 tahun nie unit kami sebok dengan penutupan akaun...waktu tu la depa nie nak buat fire drill bagai...nak tak nak layan kan jer ler...sempat le aku snap gambo...jom layan..




Kami dipaksa berkumpul disini la...hehehe...betol ler dipaksa..kami tak nak turun..tp dipaksanya turun..betul kan ayat aku kan??..hehehe..tengok tuh..turun sambil berlenggang dengan pakai selipar jepun dan hanya bawak henpon...duit tinggal, kad pengenalan tinggal, yang penting henpon...ia la, kang nak tepon laki bagai kalau pape...same ler ngan aku..hehehe...




Mak hayam aku tenang jer...merenung masa depan..kalau betol2 terbako takde nyer tenang mcm nie.., posing2 mcm budak berdua tuh..senyum2..takder nyer..mesti ade yang meraung bagai nie..iye la handbag ribu riban terbako,duit, kasut mahal2..semua terbako..apa yang sempat amik...HANDPHONE je..sape soh tinggal...same ler aku....hahahaha




Dah puas amik candid...aku soh lak depa2 nie posing...terbaek ko!!...pilih jangan tak pilih...yang sebelah kanan ngan yang kat depan tuh masih la available...boless antor borang permohonan kat aku merangkak orang tengah...hehehhe..opss, cian yg belah kanan tuh..muka kena frame lak..tapi takpe..ayu tetap ade...kepada kengkawan....jgn kecik hati..kita gurau2 yer, muda kan hati...




Dah lama berdiri..ini jer yang diaorang bagi..ingatkan nasi lemak ker, mee goreng ker...air jer...untuk ilangkan haus..itu pun dah cukup bagus..nak nasik bagai gi beli sendirik...cantik muka...hehehe..itu aku ler yang cakap..hahaha...pape sume enjoy..

Hiasi Wajah Anda Dengan Senyuman...






Senyum seindah suria..
Yang membawa cahye..
Senyum la dari hati..
Dunia ko berseri...

Senyum Umpama Impian..
Dalam kehidupan..
Ko tersenyum..haku pun tersenyum...
Kemesraan menguntum...

Senyum kepada sume..
Senyum ko amatlah bermakna..
Senyum membahagiakan kehidupan..
Dengan senyuman terjalin la ikatan.....



Buat sume followers aku, buat sume yg sudi terjah baca belog aku,terima kasih diatas sokongan anda sume..sowi gambo kat atas terlebih senyum...

Tuesday, 20 December 2011

Hamik Ko!!



Nie la padahnya bila degil, keras kepala, bla..bla..bla ...dah cakap lubang tu tak muat ngan kepala ko..lagi mau masuk!!..biorkan jer...

Bangga Ke Kita??..





Bangga tak?? Negara lain kapal selam yang naik...KITA??? kuikuikui...

Biarlah Cantik Di Mata Allah....


Dengan memakai tudung labuh menutup kelapa
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
... Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bererti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bererti membiarkan diri jadi bahan tontonan

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…………





Friday, 16 December 2011

Mak nyah jadi pramugari di Thailand....





BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari.

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters




Dunia dipenghujung zaman...lelaki menyerupai perempuan...akan datang kita tak dapat nak bezakan lelaki @ perempuan?? takut wooo!!!!!
















Inilah aku seadanya...thankz for reading...



Jalan Pudu Banjir...

Sekarang nie cuaca kat kl nie tak menentu ek..asal petang jer hujan...bukan hujan biasa2...skali dgn ribut petir bagai....takut jugak aku..aritu dengar kajang dinaiki air, tak pernah2 jadik kan...pastu Jalan Tun Razak lak, betul2 depan Perpustakaan Negara, tempat aku kije dulu...tapi waktu aku kat situ dulu takde la sampai tak leh nak lalu...pastu takder la pulak melimpah sampai ke jalan besar..seyes ko..

Hari khamis sudah aku balik lewat tunggu ujan reda...lebat betul ko!,suasana dah nampak mcm mlm dah...dah jadi kebiasaan laluan aku paling dekat jalan pudu la,pastu shortcut jalan brunei tu ..sampai sana tgk jalan jem, ingatkan accident ke hapa ker....la banjir ruponyo..jom layan gambo..








DIMANA SISTEM PERPARITAN KITA?? APA GUNA TEROWONG SMART YANG KITA BANGGA2 KAN TU?





Inilah aku seadanya...thankz for reading....

Wednesday, 14 December 2011

Majlis Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011


Majlis Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 akan berlangsung pada 16 Disember 2011. Majlis nie aku tahu bila terbaca Mak Dara punyer blog, mak dara nak cari gang tok teman dia...aku pun boless...kalau mak dara sudi...hehehehe...bestnya kalau dapat pegi majlis ni..leh jumpa blogger yang femes2 gitu...face to face....


Sape yang akan dijemput?? Mesti la blogger yang dah lama berblogging, mcm aku nie mana la layakkan? Bab kata aku sendiri..baru sebulan berblogging ade hati nak gi majlis mcm tuh, dah la blog ntah apa2...hehehehe...

Tapi............


aku nak ikut jugak!!!!!!........







Tahniah pada yang mendapat jemputan dari nuffnang...





Jamu Ratu Dara..Cuba La


Hai oulsss...kali nie nak cite pulak pasal Jamu Ratu Dara..korang sume nak tahu aku memang suka makan jamu, dari bersalin anak first hingga sekarang...semua jamu aku try....tapi yang betul-betul melekat Jamu Ratu Dara la...kesan dia awesome!!....

Biasa la..bila dah melahirkan anak nie bermacam-macam masalah datang, ini disebabkan perubahan hormon selepas melahirkan. So untuk memperbaiki mana-mana yang longgar nie...kena berusaha la skit, kalau malu bertanya korang search jer kat internet...aku bukan nak promo Jamu Ratu Mak Dara nie, tapi bila rasa perubahan kat diri tu...x salah rasanya dikongsi-kongsi kan...

Harga Jamu Ratu Dara nie x mahal pun kalau nak dibandingkan dengan Jamu Mak Dara tu...bukan nak cakap Jamu Mak Dara tu tak ok..terpulang pada badan masing2 la...serasi atau tak...Dulu aku pun try gak makan Jamu Mak Dara tu, tapi takde rasa perubahan pun, mungkin tak serasi la kot, harga Jamu Mak Dara nie pun leh tahan gak...1 botol tu RM45, berbanding dengan harga Jamu Ratu Dara nie boleh didapati dengan harga RM30 sahaja...

Antara khasiat Jamu Ratu Dara nie..

  • merapat serta memantapkan lagi vagina
  • menganjalkan payudara
  • menghilangkan keputihan, kegatalan dan bau-bau kurang enak....
  • memgawal lendir dan lelehan vagina.
  • menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan merawat keletihan. (letih2 badan tu elok la makan)
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Boleh mencegah barah payudara dan rahim
  • Awet muda. bila mengamalkan selalu kulit muka jadi merah2 gitu...

Seyes tak tipu...korang cuba la, jangan takut2...daripada korang makan ubat yang belum tentu kandungannya, baik korang makan jamu...dah sah2 tiada kandungan yang berbahaya...





Inilah aku seadanya...thankz for reading........