Aku Sayang Kamoo!!

Wednesday 27 February 2013

Thursday 7 February 2013

Sekejap Je Masa Berlalu...

As Salam uolss...

Lama betul tak bukak belog, lately nie kesibukan melanda...mmg x sempat, terima kasih pada yang sudi singgah and follow my belog, jangan risau...aku dah blogwalking kat belog korang and follow....

Okey la, 4/2/2013 aritu adalah Hari Jadi anak aku yang pertama...Azim Nizariff Azizan, genap la 6 tahun, sekejap je masa berlalu...masih lagi terbayang2 kat depan mata nie waktu dia kecik...rupa2 dah besar anak mama sekarang, dia la abg yg sentiasa mengalah dengan adik2nya especeli aman, tak banyak kerenah dah amat sensitif, tak pernah aku merotan dia, cukup la dengan nasihat dia dah sedih....berbeza dengan aman, betul org2 tua ckp, lain anak lain perangai..x sama...buat suamiku, rasanya baru semlm kita bercinta, cepat benar masa berlalu dan mama pun dah makin tua rasanya...hehehehe...

so balik keje kami pun merempit la gi beli sebijik kek buat dia, wish happy birhtday kami2 jer.....plan nak buat parti kat dia, panggil kengkawan dia dtg umah, tp 4/2 tu jatuh ari isnin, ari kije.....lagipun minggu nie nak balik kampung...so next time ye azim, ape yg penting doa abah & mama...

jeng3!!!...inilah dia kek hari jadi azim, simple jer...yg penting lilin tuh! hikhikhik...

kemain seronok dah tak sabar2 nak tiup...

Peace yo!!..hehehe

Happy Birthday to YoUUuuu.....

Nie budak nakal yg sibuk nak tiup lilin jugak, melalak nak tiup lilin, so dah dapat senyum la...

My Prince....mama & abah  luve u a lots...

My Princess dah tido...semlm gi cucuk dia untuk 5 month, berat dah 8kg..fuh semangat!

Buat azim, mama dan abah doakan agar jadi anak yg soleh dan cemerlang, sentiasa hormat orang tua...sentiasa sihat dah jadilah abg yg  sentiasa melindungi adik2mu..

Pada uolss, Selamat Tahun Bari Cina, cina beraya kita yang sibuk ek..hehehhe...mana2 yang balik kampung tu, berhati2 di jalan raya, nanti kita jumpa lagi di next entry...

p/s: minggu yg sibuk dan memenatkan..huhuhuhu...apakah?!!

Friday 18 January 2013

Rahsia Anak Ke-2?


Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.




Rahsia Rukun Sembahyang..

Salam Jumaat uolss..;-)

Jom hari nie kita berkongsi sedikit tentang kelebihan solat,ingat mengingati sesama kita..sesibuk mana pun kita..jaga la solat..okey!
Samaada mengerjakan solat fardhu atau sunat, kita mestilah memenuhi 13 rukun sembahyang. Selain menjadi syarat sah solat, sebenarnya ade hikmah tersembunyi disebaliknya.

1. Niat Sembahyang: 
  • Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Tegak:

  • Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram:
  • Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Membaca Surah Al-Fatihah:
  • Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk:
  • Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal:
  • Akan memberi minuman air dati telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud:
  • Memagar kita ketika menyeberangi titian siratul Mustakim.
8. Duduk antara dua Sujud:
  • Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk Tahhiyat Akhir:
  • Menjadi kenderaan ketika ketika kita di padang Mahsyar.
10. Membaca Tasyahhud:
  • Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nakir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi:
  • Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam:
  • Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib:
  • Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t


Thursday 17 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu


As Salam uolsss!! ;-);-)

Hari nie adelah hari untuk bersegmen, itu aku jer la kot..hehehe..kepada yg berminat nak join segmen nie..jom ler...leh tambah kenalan lagi, ape salahnya khan!...dari dok saje2..google ntah ape2 khan...meriahkan lagi segmen yg dianjurkan oleh kengkawan blogger nie..hebahkan kpd kengkawan yg lain ek..

Tarikh Tamat
15 Februari 2013



Segmen Top Up By Emas Putih...





Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower.
Selamat Bersegmen :)

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam