Dengan memakai tudung labuh menutup kelapa
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi
di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
... Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik
perhatian..
Wahai kawan yang berharapkan sanjungan &
pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bererti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bererti membiarkan diri jadi
bahan tontonan
Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk
tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada
Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…
Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…………
2 comments:
salam n moning dear, beauty from inside out.. muslimah sejati adalah lambang peribadi dan kecantikan sebenar untuk wanita..jangan gundah gulana dengan kata2 insan lain.. yg penting siapa kita disis Allah swt. jom singgah baca entry baru dan sudilah komen2 yer :
nak kulit cantik?elakkan perkara ini ...
nice sharing..tq very much...now i got the answer..n really need this...as a guide.
Post a Comment