Aku Sayang Kamoo!!

Wednesday, 23 November 2011

Lelaki Mulut Di Hati, Wanita Hati Di Mulut...

Sesuai ngan tajuk kat atas tu, aku sebagai wanita selalu ingatkan diri agar jangan sesekali sakitkan hati orang, berfikiran positif, tetapi kadangkala aku sedar aku manusia yang lemah, tidak lepas dari melakukan dosa dan kesalahan..kekadang mulut pun ingin berkata2 jugak...ingin meluahkan apa yang aku rasa walaupun ianya pahit untuk diterima...

Bagi yang bekerja, mungkin dah faham apa itu WAKTU REHAT kan? bagi aku yg keje gomen nie waktu antara pukul 1-2 ptg tu adalah waktu rehat bagi kakitangan kerajaan, masa untuk diri sendiri, berehat sekejap setelah penat bekerja, x kisah la nak buat apa...tido ker,baca majalah ker...apa yang aktiviti yang korang suka, tapi jangan la mengganggu masa rehat orang lain, kita sebagai manusia yang diberi fikiran kena peka tentang keadaan sekeliling kita...contohnya macik kat opis aku nie,pukul 1 mmg time dia bukak radio, bukannya x boleh...boleh?aku pun x salahkan dia,mungkin telinga dia x berapa nak dengar..mana kita tau kan, kekadang bila dah tua nie mcm2 penyakit suka menyinggah kat badan kita, jangan kata kita muda takde penyakit!..hehehhe... tapi tak perlu la bukak kuat2 sampai mengganggu ketenteraman orang lain, tengok sekeliling..tak semua orang disekeliling kita mahu mendengar radio, ada yang nak melelapkan mata sekejap...tak kisah la apa aktiviti mereka, kita sebagai kawan harus menghormati waktu rehat mereka...nak kata x tahu tapi dah lama hidup dari aku...kang  kalau ditegur kata tak hormat pulak....serba salah rasanya..

Aku bukan nak kata aku bagus, tapi benda begini harus ada dalam diri....jangan terlalu pentingkan diri sendiri, kekadang kita perlu amik tahu hati dan perasaan orang, hormat menghormati kerana kita hidup dalam masyarakat, kita memerlukan satu sama lain....jadikan contoh pada anak-anak kita...

Inilah padahnya bila mulut berkata-kata,moralnya pada aku, hormati privasi orang....aku menulis apa yang aku rasa...yang buruk itu datangnya daripada aku, yang baik itu datangnya dari Allah...













Inilah aku seadanya...thankz for reading....

4 comments:

aimaniman said...

salam kenal.. salam folo juga.. akak setuju betool.. lelaki kurang cakap tp sekali cakap terkesannnn.. pompuan memang kuat mebebel plus mengata plus menyampuk plus buat ketupat.. tak kira le time rehat ke time keje ke time on9 ker..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

suka dengan tajuk akak. memang pun, lelaki mulutnya di hati makanya dia banyak berdiam kata, tapi wanita kalau dh start bercakap, fuhlamak, ngeri pun ada, manja pun ada, segalanya tertonjol secara natural;)

mekjangok said...

aimaniman: salam kenal jugak..thankz folo...pompuan biasa la...kalau x buat ketupat bukan pompuan la namanya...hahahaha

mekjangok said...

Fifiey:wanita nampak jer lemah...hakikatnya boleh mencairkan hati seorang lelaki..blom bukak mulut..jeling jer skit..sah2 cair...cuba test...hehehehhe