Khas buat isteri2..adakah anda tergolong dalam 12 cara isteri sentiasa disayangi suami..tepuk tangan tanya la kawan sebelah samaada dia dgr ker x? kalau x dgr..hadiahkan kawan anda putik kapas..hahaha..jgn sentap..gurau di waktu petang, jom kita layan...
1. • Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.
Jawapan Aku: Memang slalunya aku la yg bangun dulu...
2. • Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.
Jawapan Aku: Hari minggu jer la....ari lain x sempat..bab nak Tanya menu apa tu..dari mlm lagi aku dok Tanya..mithali kan aku..hehehhe
3. • Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.
Jawapan Aku: Ini terbalik skit...dia hantar aku bukan depan pintu umah jer...pintu opis..masa tu aku mmg serapi-rapinya la,dah bersolek bagai...nak gi keje kang...
4. • Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.
Jawapan Aku: Aku akan sambut dia kat pintu pagar opis dengan senyuman meleret2...
5. • Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.
Jawapan Aku: Kuih yang dibeli masa on the way balik umah ngan air Nescafe jer...itu pun kekadang jer...jika blk lewat skit aku terus bersilat kat dapur...
6. • Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.
Jawapan Aku: T-shirt,blaus, jean,bedak baby,gloss,lipstick...asli kan??
7. • Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.
Jawapan Aku: Betul tu aku setuju...tanya nada suara yg manja2..lentok2...hahaha
8. • Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.
Jawapan Aku: Sejak kahwin aku la tempat dia mengadu...aku la kawan,aku la isteri,aku la segalanya untuk dia..
9. • Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.
Jawapan Aku: Aku la sahabat paling best buat dia...dia cakap la..hahaha
10. • Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.
Jawapan Aku: Betul2....setuju...itulah tonggak kebahagian
11. • Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.
Jawapan Aku: Betul2...
12. • Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.
Jawapan Aku: Bab nie..akan aku berubah dari semasa ke semasa.sesungguhnya aku wanita yg lemah $$$$$$.
inilah aku seadanya...thankz for reading...
No comments:
Post a Comment