DailyAdvance Ultra Hydrating Lotion
Assalamualaikum uolsss..harap korang sume happy selalu, dah puas bergelak ketawa ngan gambor2 yg aku post tu ? lucu ker? terima kasih la..niat aku hanya nak hiburkan korang...biarlah hari2 yang kita lalui itu penuh dgn kegembiraan, masalah skit2 tu jgn difikirkan sgt..percaya tiap masalah ada penyelesaiannya..
Okess..ari nie aku terbaca kat majalah pasal 1 losyen nie, penyelesaian kepada masalah kulit kering, pernah tak badan korang gatal2, bintik merah ker, kulit kering atau mengelupas? Ia bukan sahaja menyerang kanak-kanak malah orang dewasa. Dah pakai bermacam2 krim pun, tapi masih lagi kering dan gatal2...tak lut jugak..kruk sana, kruk sini...menggaru sampai melecit kulit..
Meh aku nak terangkan sedikit sebanyak pasal losyen nih, Cetaphil DailyAdvance Ultra Hydrating Lotion (CDALotion) nie mengandungi sodium PCA, pelembap semula jadi yg juga salah satu kombinasi terbaik untuk melembap.
Secara tak langsung ia mempunyai kelebihan untuk melindungi kulit daripada mandian air panas dan menghabiskan masa yg lama dalam bilik berhawa dingin atau berjemur di tengah panas yg adakalanya mengakibatkan kulit mengelupas.
Losyen Cetaphil DailyAdvance Ultra Hydrating (CDALotion) boleh menyerap ke dalam kulit berulang kali untuk kelembapan dan kelegaan segera dan ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit terlalu kering dan kegatalan.
Bukan promote, sekadar berkongsi apa yang aku tahu, yang baik eloklah disebar2 kan, betul tak?
12 comments:
ermm...nampak bagus je...leh recomend kepada isteri.
nice entry...dila tag akak kt post ni...http://kaisaraaiman.blogspot.com/2012/01/httpstoryhafie.html
saya masalah kulit berminyak dik oii
ye brand cethapil mmg ok,pnh guna utk bidywash anak kalau elergik mmg ok.tq for sharing, mek .
bagus.. sy x pandai sgt bab kulit2 nie :)
syarih: mmg bagus..cuba dulu br tau//ece2..cam promote lak..hehehe
Si Gadis Desa: ok dila...nanti akak dtg melawat..hehhee
imanshah: cian ekk...next entry kita cuba produk kulit berminyak lak..
imie: betul tu imie..alah membeli menang memakai...betul ker??..confius!
nizam: org lelaki skang kena tahu jugak bab2 kulit nie..baru maskulin...hikhikhik..
betul3... mana nak cari?? kulit saya mcm kulit pokcik2 koje bangunan seblah tuu kak yati... kdg2 sepupu saya ckp, " ko nih ada sakit jantung ke?? "... v___v
ayyan: biasa senang didapati di farmasi...cuba la carik..
Post a Comment