As Salam...;-) ;-)
Pagi tadi aku ade singgah kat kat 1 blog nie, tetiba baca dia punyer entry...pepagi lagi aku dah sedey, aku nie jenis cepat tersentuh,ayat mcm kasar jer..tapi dalam hati ade taman..huhuhu...menitik air mata aku ko..nasib tak meraung jer...aku dah minta kebenaran kat empunyer blog nie nak share cerita kat semua yg mengunjungi blog aku...biar la jadi pengajaran buat kita semua, jom baca,
Ada seorang bapa datang ke
kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik,
laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di
kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak
- dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti
biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus
mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung -
seribu seratus lebih je...".
Dalam aku bercakap dengan
dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia
membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi
ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk
di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya
- perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?"
"Yang nie Samsung
haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan
nya.
Dia bertanya kepada anaknya,
"Yang nie ok ke dik?"
"Ermmm, ok ke nie murah
je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas
hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.
"Yang acer nie x boleh
ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi,
"Yang acer nie berapa boleh murah lagi?"
"Yang tu tak dapat dah
pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih
dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar
kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak
payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata
tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan
membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira
duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan
untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula
- dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira - wang aku
masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?"
"Cukup, Terima Kasih
ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan
kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10
dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk
membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya
tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku
nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu
dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah
keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
Kasihnya seorang ayah kepada anaknya, biar dia x berduit..janji anak sentiasa gembira...huhuhu..