Aku Sayang Kamoo!!

Thursday, 12 January 2012

Lucu Ke?

Huargh...bila petang2 cenggini kat opis boring la pulak, awal2 tahun nie peruntukan lom masuk lagi...memang terasa boring sesangat!  bagi aku masa nie la nak buat apa2 yg patut kat blog nie...belek2 skit, godek2 skit..pegi jalan2 kat blog orang lain..ape2 la yg buless mengisi masa lapang kat opis nie, ataupun sertai makcik2 bergosip skit..hahahahaha..tadi tgh godek2 aku jumpa gambo yg agak lucu la bagi aku...so aku nak share kelucuan ni kat korang....



Masih lagi dalam mood Ombak Rindu..pandai2 jer diaorang nie ubah dialog..hahaha


Lunch time santai...like a boss..kuikuikui..

Anak sapo la nie...pls jaga anak bila masuk ke butik pakaian dalam..okess..hehehe

Opss...bukan aku yg cakap okess..


Betul ker nie??...confius2!!

Hahahahaha...sape punyer kije nih!!


huhuhuhu...i memang seksi...ko nak camne?


Ketawa itu bagus untuk kesihatan...so ketawa la sepuas-puasnya...apa yang penting hati mesti bahagia selalu...

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh




Assalamualaikum....Jom kita meriahkan lagi GA blog Nemomimosh...saje suka2..dari dok saje2 tu kan..leh dpt hadiah dari Zeera Boutique.



Sesiapa bertuah tu leh la dapat 1 daripada 10 hadiah di atas tu. Teruja tak? aku harap aku bertuah la kali nie....hikhikhik..

KLIK SINI atau korang copy jer banner kat atas tu. Aku dah tag murni -gigipagar - pijah power


Happy Anniversary

Assalamualaikum and mornink uolss...

Masih lagi diberi nafas sehingga ari nie..betapa besarnya kuasa mu ya allah, terima kasih diatas nikmat yang engkau berikan. Diam tak diam dah 6 tahun aku kahwin..sekejap jer rasa..tanggal 12 januari 2006 aku sah bergelar isteri,harap biarlah jodoh ke akhir hayat..


Aku bukan lah penulis yang pandai menyusun ayat, tapi apa yang aku tulis ikhlas dari hati, hidup dengan seorang lelaki adakalanya pahit, adakalanya manis...itulah rencah alam rumahtangga, aku rasa ari nie mcm touching skit..hehehe..tetiba tulis ayat mendayu-dayu lak...hehehehe..


Okess la, so mlm tadi dia suprise kat aku, tak pernah dia buat mcm nie kat aku, hubby aku nie bukan jenis romantik2 orangnya, apa yang best aku buleh lupa lak tarikh nikah, aku selalu mcm nie..payah nak ingat tarikh2 keramat nie, kekadang nombor ic dia pun boleh tertukar, tak tahu la kenape...mungkin itu kekurangan yg ade dlm diri aku yang aku sedari...hehehehe...




Hubby suprisekan kek, romantik jugak dia nie...malam nie kitaorang dinner kat luar..yg nie aku suka, tak yah la masak..hehehe


Tapi yang beriya-iya anak-anak aku la..tgk tuh si azim dah merajuk, si adik dah dok atas meja..excited sgt..aku pun excited gak, tapi takkan la nak dok atas meja ko..agak2 ler...hikhikhikhik...yg baju merah tu anak buah suami..


Buah hati pengarang jantung....si abg tu sgt cool orangnya, si adik lak betul2 nakal..kat umah aku rasa dah mcm tarzan dah, ade jer kije diaorang nih..







Pas nie kalau pregnant lagi..aku harap biar la baby girl pulak, teringin sgt nak anak perempuan...mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...

Wednesday, 11 January 2012

Wednesday, 4 January 2012

Thinking Positive OK!!

Acctually aku tertekan dengan closing akaun nie, masa nie la sistem nak buat perangai, ape ingat aku key in baucar beratus2 orang tu senang! meh sini datang buat...baru korang rasa miong!!..berpinar-pinar bijik mata aku nih...tahun baru..azam baru nak baru, tetiba lak tertekan wey....pape pun gambar dibawah nie saje nak hiburkan hati aku dan otak korang..mungkin apa yang terjadi nie dugaan buat aku, tak semua keje tu senang...nak mencari rezeki yang diberkati tu bukannya mudah.. thinking positve okess....hahahaha


Jom kita test otak korang color ape?jeng3!!!


Hah! korang mesti pikir lain kang?? hehehehe...aku? fisrt time nengok gambo nie mesti ler pikir positif..hahahaha..kuikuikuikui..




Wordless Wednesday # 8



Ngaku jer ler....kuikuikui..

Friday, 30 December 2011

Tips Kurang Kadar Kolestrol...

Hai...coti2 sekolah nie ramai yang dapat jemputan kenduri kawin kan?makan sana,makan sini..sampai dah tak larat dah, diet pun hancuss...yang tu sedap,yang nie sedap...wah,kemain lagi korang ekk...makan kita makan jugak, kesihatan pun kena la jaga...termasuk la aku nie...hehehehe...Okess kali nie aku nak berkongsi dgn korang sume cara mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh korang, ia boleh dilakukan dengan pengambilan makanan anti kolestrol yang boleh diperolehi dalam hidangan seharian. Jangan disebabkan kolesterol dalam badan korang terus diet sume makanan...cuma korang kena la berpantang makanan yang berlemak2..mana2  makanan feberet korang seperti roti canai, nasi lemak, yang berlemak-lemak tu..rentikan dari sekarang..korang cuba amalkan apa yang aku listkan nie, senang didapati..

Limau nipis

Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti bawang merah) dan delima.

Ikan Tuna

Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal kenaikan kolesterol dan lemak jahat.

Tempe

Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.

Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung

Mangga

Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.

Teh 

Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Epal 
Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah
Anggur 
 Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh seseorang.

Minyak Zaitun 
Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia