Assalamualaikum...
Hai uolsss....bila start berblog nie memacam la aku nak share kat korang, mcm aku yang dah ade anak nie..tipu la kalu aku cakap aku tak pernah marah anak2 aku tu...kekadang kat umah tu suara aku tu dah sama macam suara tarzan...kekadang laki aku pun rimas..time aku ler dia rimas...time dia jerit...ngalahkan aku..hehehe...
Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu
diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah
kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.
Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?
1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang
manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang
kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan
sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka
dengan sebaiknya.
2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil
berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin
memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita
untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak
menangis.
3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah
mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak
kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga
percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada
menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.
4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai
pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur
yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.
5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada
anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang
bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.
6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang
sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil
masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat
bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.
7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh
menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam,
tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana
anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.
8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan
Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.
9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita
bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan
masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita
sebegitu.
10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana
mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang
memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.
Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.
Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham
kita di akhirat nanti.
2 comments:
mmg betul belaka tu kak,kena paham anak kita minda dan akal masih terbatas,kita lah kena double triple sabo dan paham
betul tu imie...kanak2 nie ibarat kain putih...kita la yg kena mencorakkannya..
Post a Comment