Aku Sayang Kamoo!!

Wednesday, 16 November 2011

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu...

Assalamualaikum...

Hari nie pepagi lagi aku dah sibuk..byk pampasan tanah yang hendak dibayar..bayar x leh lewat skit..nanti jadik isu sampai kat menteri,semlm kementerian dah mintak baucar yg dah dibayar coz ada somebody mengadu kat menteri lewat terima payment...mujur la kesilapan tu bukan dtg dari unit aku...takut jugak...dah la aku boleh dikatakan baru buat mende2 alah nie...dah abis settle2 semua kije..aku godeks2 la pc nie,skali terbaca la cite lucu suami isteri nie...kepada lelaki yg bergelar suami..'SILA AMIK PERHATIAN'..jgn pandang sebelah mata jer...jom kita layan..

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"



inilah aku seadanya...thankz for reading....


Tuesday, 15 November 2011

Aidiladha Datang Lagi...

Assalamualaikum....

Rasanya x terlewat lagi aku nak story pasal Hari Raya Haji..tahun nie turn kat kampung aku TERENGGANU...biasa la..bila dah kawen nie kena la ikut turn,x leh nak balik sesuka hati..kalau turn MELAKA..balik la melaka,my husband orang melaka..Aidiladha tahun nie aku x de la cuti panjang...laki aku x leh cuti..katanya la...kekadang aku confius gaks,kali nie bila nak balik kg aku dia x leh cuti..skali kalau turn ganu mmg apply cuti 1 minggu la...citer punyer citer dia kena menanggung kerja bos dia,kena cukup 28 hari x leh amik cuti rehat..katanya bosnya pergi HAJI...ok fine...aku mengalah la...bukan disengaja kan..setahu aku laki aku mmg suka balik ganu...coz umah aku kat tepi pantai,dekat ngan airport..boleh dikatakan sebelah airport la...

Lets me story to my husband...kekadang dia punyer perangai nie pelik skit, bila balik kampung aku tempat yang wajid pegi 'PANTAI', dia punyer jakun lain mcm skit..dia boleh merajuk bagai la kalau aku x pergi..aku pun heran..aku rasa biasa jer...mungkin aku dari kecik membesar kat tepi pantai..so bagi aku x heran la...lain la dia...kat kg dia mana ade pantai...kalau nak pergi pun kat KLEBANG tu...(betoi ke eja mcm tuh) itu pun x rupa mcm pantai kot...ermm..boleh la...so,tiap kali balik mesti la ke pantai..lepak2 sambil tgk ombak laut cina selatan..kuis2 pasir...kuis2 batu...cari2 remis ker..siput ker..apa2 la...layankan jer..anak2 aku pun jakun jugak..so x payah la citer banyak2..kita layan gambor..



tgh mengadap laut..cari ilham..

ombak mmg kuat...so x digalakkan mandi...





Inilah aku seadanya...thankz for reading..

Second Day...Itulah Aku Seadanya

Assalamualaikum...good monink uolsss..

Hari kedua berbelog...pepagi lagi aku dah bukak blog...org lain sibuk dok wat kije,aku sibuk dok edit2 blog...lantak la..tgh semangat terbakor2 nie baik layan blog...kekadang aku pun x faham sgt mcmana nak edit blog cantik2 nie..nak tanya mizz yana mcm2 kan takut gaks...dia tgh banyak kije..tgh pening2 lalat dok mengecek  TNT yang dtg bertimbun2...kang dicepok nya aku...kan naya tu...so aku pun godeks2 la sendirik...jap2 color nie..jap2 tulisan nie...jap2 background nie...ntah la...banyak nor patternnya...lastly aku dah busangg!!!!..lantok la kaler pape pun...banyak lagi benda yang aku x edit lagi...kalau dok mengadap nie...1 hari x cukup...rase2 nya REDMUMMY dari pagi sampai petang kot dok ngadap benda jer kan?? itu yg masyuk tuh...hehehehe (jgn mare REDMUMMY..gurau jer)...

Actually aku menulis dari hati...sebab itu kalau uolss tgk tulisan aku ntah apa2...sebelum aku create blog nie..aku suka membaca blog org lain..antara yg aku suka baca REDMUMMY,CIK GELIGELI, BEN ASHARI,MIZZ YANA,MAMATIAMIA..dan banyak lagi la...aku pun x ingat...seronok tgk diorang nie menulis..so aku terfikir apa salahnya kalau aku mencuba...secara x langsung mizz yana slalu bagi aku semangat..apa idoknyer...dia la yang slalu paksa aku buat blog...soh aku follow blog dia...kalau dia jumpa blog yg best2..dia share ngan aku soh baca...thankz mizz yana..

Dengan wujudnya blog ini.....aku menulis mengikut kata hati,apa yang aku rasa...apa yang aku alami..about my life and my family....tiada kena mengena dengan yg hidup mahu pun yang meninggal dunia, harap-harap sesapa yg tersesat ke dalam blog aku tu jangan la bila baca blog aku tetiba korang muntah2 lak...itu dah melampau...hehehehe..









Itulah aku seadanya..thankz for reading..

Monday, 14 November 2011

Akhirnya.................

Alhamdulillah...dah lama berhajat nak bukak blog nie...tetapi akhirnya tercapai jugak...thankz buat kawanku mizz yana...hari2 dok paksa aku create blog..aku bukan x nak create,tp aku bukan jenis yang pandai mengarang..kalau x dah lama aku buat novel sendirik..hahahhaa..(kelakar ker)..skang nie pun sekejap taip..sekejap delete ...otak aku mcm x de idea...pada aku org yg ade blog nie orang yg sememangnya terer karang mengarang bagai nie...pape pun aku x kisah la....inilah aku seadanya....kepada sesiapa tetiba jer tersesat masuk tu..terima la aku seadanya...kalau tulisan aku ni tetiba membuatkan korang loya...muntah la seabisnya...jika tulisan aku nie menjemukan...bimbing la aku sehingga aku jadik mcm REDMUMMY....hahahaa...cukup untuk hari pertama aku berbelog...cayok2!!!!!