Aku Sayang Kamoo!!

Tuesday 21 February 2012

Al Fatihah...


Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.



Monday 20 February 2012

Amalan Romantik Suami Isteri...





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau 
usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!


20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.




***alhamdulillah..masih banyak yg kami kekalkan dan praktikkan**


Friday 17 February 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran..





    • 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

      2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

      3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

      4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

      5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

      6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

      7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

      8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

      9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

      10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Thursday 9 February 2012

Cadangan Gaji SBPA Mac 2012...


Cadangan Gaji Terbaru Perbandingan  Gaji SSM/SBPA Mac 2012....kalau mcm nie dari awal..aku rasa sume setuju...tp ini baru cadangan..tak tahu la diterima atau tak...apa pandangan korang?

Friday 3 February 2012

Kuarters Kerajaan Part 1

Salam uolss...korang sume tak balik kampung ker, sape2 yg kije gomen tu..untung kan, leh sambung cuti...balik kampung, aku ritu dah pun balik kampung aku kat Terengganu...minggu nie turn balik kampung suami lak di Melaka...bercoti sakan ko...kat opis aku nie pun dah terasa sunyi...ramai yang bercoti...dalam dok2 mabuk2 nie, kalau bab berjalan tu laju jer aku...mabuk dah jadik nombor 2...hikhikhik...

Okess...kali nie aku nak kongsi skit pasal kuarters kerajaan nie, ade sesape yang dok kuarters gomen...untung la ek keje gomen, kuarters bagi, bonus bagi..ape lagi korang nak...hehehehe...termasuk la aku, actually aku pun dok kuarters..itu pun atas nama hubby aku, mesti korang pernah dgr kuarters kerajaan jalan u-thant, area desa pandan tuh...kat area situ kuarters besar2...sesape yang dah ade dlm senarai menduduki kuarters area situ mmg untung la....kekadang aku pun tak larat nak mengemasnya...jom layan gambo..


sebelum masuk kuarters nie aku menyewa di sri rampai,area wangsa maju tuh...tahun nie aku dah 5 tahun mendiami kuarters tersebut...psst..sofa tu aku baru jer beli..dari cavenzi..senang skit nak tgk tv...kalau tak sebelum nie kami baring jer depan tv anak beranak...hehehe..

okess...nie ruang menonton tv..rumah aku nie takde pape yg best pun..maklum la baru hidup berkeluarga...hehehe...ade kerusi,meja makan,tv..etc....itu jer..jati2 tu takde ler....

Nie aku amik dari pandangan hadapan, kat hall dia ade 3 bijik kipas, jenuh nak mengelapnya..ikut hati tu teringin gak nak cat umah nie, dah tanya bph dah...depa cakap buleh cat, tp nak kuor kena cat seperti asal balik...dah la umah nie besau...jenuh aku nak catnyer...kena upah org gamaknya..tunggu la budget 2012 nie..kot2 ade duit tersepak...

Kan aku dah cakap...takde pape...kerusi jerk...hehehehe...kuarters yg aku duduk nie ade 4 bilik, 3 bilik air dan 1 bilik stor......kalu korang perasan..sume barang dalam umah aku color brown(betul ker ngeja nih..)memang color feberet aku...beli pape pun mesti color tu..atomatik ko...kalau buleh dinding umah pun aku nak color warna tuh...hehehehe

Ha...aparment yang korang nampak tu adalah Perumahan Angkatan Tentera...sebelah jer ngan apartment kitaorang...


Nanti next entry aku upload bilik lak...pada sesape yang keje area kl dan nak memohon kuarters tu...baguih la..harap2 ini boleh dikongsi bersama-sama..mesti berkobar2 nak pindah kan...korang yg dalam permohonan tu..korang push skit bph tu...hikhikhik..aku pun tak tahu sampai bila leh dok sini..sampai masa diarah keluar..maka keluar la aku...sobsobsob..bagi peluang pada yang lain lak, harap2 jgn lagi la...hehehehe...

Yes!!..Aku Jadik Cucu Atok!!



Salam uolss...sorry sesgt sebab lama tak online...akhir2 ni aku teruk sgt...morning sickness ko...kali nie rasa mcm teruk sgt..berbeza dengan anak2 yang sebelum nie..kepada kengkawan yg singgah2 kat blog aku tu...sorry sgt...nanti dah ok skit...aku akan terus berblogging...buat komen2 yang ditinggalkan..aku akan sedaya upaya membalasnya....korang jgn risau...bagi la aku masa yerk...

Hari nie aku teringin nak bukak blog Apo2 Yolah tu..aku memang suka blogwalking..bukan blog atok saje,blog yg lain2 pun aku menunggu, mana tau blogger yg beribu riban folowwerss sudi terjah ke blog aku, sudi follow blog aku, at least bagi aku semangat untuk berblog..takder ler selama nie aku syok sendirik..hehehhe...tapi aku suka segmen cucu -cucu atok tu..dah lama aku teringin nak jadik cucu dia, cuma aku tak confiden jer..maklum la..aku nie baru lagi..banyak yang tak tahu tentang dunia blog nie kalau nak dibandingkan dengan otai2 tu kan...ayat2 aku pun berterabur...tapi bila dia iktirafkan aku cucu dia..kemain sonok lagi aku...sebelom nie asyik dok tengok blog org lain jer jadik cucu dia...hehehehe...tiba2 rasa rendah diri..sape la aku nie..hahahaha...

Untuk blogger yang lain tu...bukan aku tak suka...aku suka..slalunya aku akan tinggalkan jejak aku kat situ...dgn harapan singgah la blog aku...tak malu kan aku...tapi itu la hakikatnya..tak perlu aku sorok-sorok...itu yang aku rasa...lain orang lain pendapat....tp pendapat korang tentang penambahbaikan tu aku hargai...aku akan buat sebaiknya...tegur la aku jika aku terpesong jauh...aku manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan...

Buat atok...terima kasih banyak...dengan terpilihnya menjadik cucu atok tu..den raso bersemangat untuk berblog...terimo kasih kerana jugak menjadik kawan di dalam dunia blog...biarlah usio berlainan...biorlah atok bujang...tapi aku dah kawen...hehehe...tp jiwa aku tetap muda...tetap giler2 mcm budak2 bujang...hahahaha...yang penting kita mesti happy...baru la jiwa tu segar...lantak la korang nak cakap aku tak sedor diri...tp itu la jiwa aku...nak buat camno? hehehehehe...