Aku Sayang Kamoo!!

Wednesday 12 December 2012

Bila Selangor Cuti!

Assalamualaikum...



Buat abah khalisa: terima kasih byk2...mmg anak yg ketiga nie bam bam skit, misz sheyla: semangat kan sheyla..kalau pegi jln2, semua org tegur...;-)

Meh aku nak stori skit kat korang..aku dah start balik rempit,cam biasa la..kat kl nie mana larat nak naik kereta,bagi aku la, x tahu la org lain, laki aku nie malas nak meredah jam..tambah lg cuaca skang nie asal petang je ujan,kat kl nie kalau ujan jer mmg x bergerak la..pastu banjir sana..banjir sini, jgn ckp dok kat bandar x banjir...lg teruk ade la..ah nanti mula la pot pet pot pet mengalahkan pompuan nanti, so naik motor lg cepat la..boleh cilok sana,cilok sini,semalam pulak selangor cuti.. patut la waktu balik keje tu jalan jam semacam jer, aku yg merempit dgn suami pun tersangkut jugak la...cam tahun2 sudah la,bila selangor cuti jer kl mesti jam..depa2 nie turun kl sopink...ujung2 tahun nie kat kl tgh sale....tapi aku rasa bukan ujung tahun jer...tiap2 hari aku nampak sale je manjang...terutama SOGO tu..x pernah x sale nya..so waktu merempit nak balik umah tu sempat la aku snap beberape keping gambo


Nie jalan nak menuju ke Masjid Jamek...hehehe..tp gambo x cantik la..atas moto ko,mana nak peluk laki lg,mana nak amik gambo lg..itu pun laki aku dah bising..soh aku dok diam2..hahahaha


Nie jln nak menuju Time Square...ape motif aku amik gambo nie ek?ermm...ko perasan x ape yg ade dlm gambar nie?panorama kat kl...hehehe...stori dia mcm nie..masa berhenti kat traffic light bukit bintang tu..aku terserempak la dgn moto depan tuh..bila dah ramai berhenti tu..pompuan kat atas moto tu dah jadik tumpuan mata2 lelaki,nak kata banjir..idok ler..ntah ler...biasa la lelaki..pantang nampak peha skit..mula la kan..cam somi aku la, mulut membebel ntah2 pape pakai mcm tu la, x senonoh la...tp mata tu tengok!!!...tp yg bestnya pompuan tu wat derk jer...cam dah biasa gamaknya,...lantak la..wutsoever la...


Sampai2 jer umah..terkejut tgk anak aku aku tido mcm nie..ape ke pesen la dia tido mcm nie..x sedor tuh, si aman nie kekadang dia nie tido pelik skit...lasak tak tahu nak cakap la...kalau boleh 1 tilam tu dia sorang jer...waktu tido itulah waktu dia berehat, kalau x..ade je kije dia...suka melawan pun dia, suka baling2 barang pun dia...yg nakal skit dia la...pape pun itulah buah hati aku...


Lain pulak dgn anak dara aku sorang nie....keje dia skang asyik isap jari jer, blk ptg semalam tgk nie la kije dia...bg puting mmg x nak la,ade waktu jer dia nak...dah masuk 3 bulan...minggu depan nak kena injet lagi...ok la, dari td membebel ntah pape..aku nak sambung kije balik..




Tuesday 11 December 2012

I'm Back!...

Asslamualaikum...


Alhamdulilah, akhirnya rindu terubat,dah lama rasanya tak bukak blog nie...dah bersarang dah...byk komen2 tak terbalas...terima kasih kerana ade yang tanya mana menghilang..senyap jer, baru jer masuk kije 2 minggu lepas selepas 3 bulan berpantang anak yg ke-3,dah 2 lelaki...akhirnya dapat juga gugurl....masuk2 jer kije dah bertimbun menunggu aku..huhuhuhu...


Hari Pertama

Inilah buah hati pengarang jantung ku...hehehhe..dilahirkan pada 1 September 2012 dengan berat 3.74 kg, diberi nama Arissa Najwa Bt Azizan, patut la masa peknen kat dia mcm2 masalah...kalau korang tgk perut aku..x sangka keluor sebesar nie....tp masa ngandung aku x amik gambo la pulak, tp alhamdulilah dipermudahkan segalanya semasa bersalin,so dah dpt perempuan leh la berehat panjang skit...hehehehe..








Buat korang semua,aku x leh nak membebel byk2...layan la dulu gambo2 nie, kije aku tgh menimbun nie...nanti free aku akan singgah blog korang yerk...buat semua kengkawan, terima kasih kerana masih lg mengingati aku, walaupun aku lama menyepikan diri....kerana korang la aku bersemangat untuk aku kembali aktif berblogging...ok la bebeh...setakat nie je aku merapu...


TA TA....

Friday 4 May 2012

Seksa Meninggalkan Sembahyang...


  • 6 SEKSAAN D...I DUNIA
    •Allah mengurangkan berkat umurnya
    •Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia
    •Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
    •Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
    •Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
    •Allah tidak menerima doanya

    3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI
    •Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
    •Mati dalam keadaan yang sangat lapar
    •Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

    3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR
    •Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
    •Allah akan menggelapkan kuburnya
    •Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

    3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH
    •Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
    •Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
    •Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

    DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

    SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

    ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

    ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

    MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

    ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.



Salam Jumaat..

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah jumaat...baru jer balik dari cuti..esok cuti lagi,bestnya kalau banyak cuti kan...badan nie pun masih lagi terasa penat, perjalanan dari kl-trg-kl amat memenatkan, ...ari ahad nie aku berkursus la pulak...tahu kat mana? Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam...first time pegi, kengkawan yg dah penah pegi cakap best...x tahu la, first time jugak aku berjauhan dari si kecik tu (aman)..pagi tadi dah buat perangai..tak nak pergi umah pengasuh...melalak, tetiba hati nie risau camaner nak tinggalkan dia nanti...sebelom nie tak pernah pegi kursus bermalam, selalunya balik hari jer...sedih pun ade...tapi aku terpaksa la pegi, nak cukupkan 7 hari...kang nanti nak bersalin lagi...bagi yg kakitangan kerajaan mungkin dah tahu pentingnya kursus tu...setengah org ckp tak perlu la pegi, tak cukup pun takpe...tp bila difikirkan balik, aku rasa aku patut pergi...itu melibatkan akauntabiliti kita...keje bagus bagai nak rak pun...tp kita memandang remeh perkara nie pun tak elok jugak...gaji nak naik aje, tp keje slalu jer protes...lu pikir la sendiri bak kata nabil...masuk jer goverment nie...aku dah dididik ape itu akauntabliti, disiplin, ikut peraturan bagai..bla..bla...bla...jadi dah terbiasa, bukan nak kata aku nie bagus bagai....aku juga manusia biasa, macam korang sume, tak lepas dari melakukan dosa-dosa kecil...walau dalam sedar atau tak...kekadang tanpa sedar ade org terasa dgn kita, kekadang kita terasa dgn seseorang tu...itulah lumrah dalam meniti kehidupan yg mendatang...cuma sama-sama la kita belajar memaafkan org lain, menerima keburukkan orang lain, jangan jadikan ia dendam di dalam hati kerana lama kelamaan itu boleh merosakkan hati. Aku telah cuba amalkan..dan aku rasa tenang sesangat walaupun ade segelintir yg masih mengata..kerana aku redha apa yg dikatakan olehnya, aku maafkan ape yg diluahkan olehnya, kerana diri sendiri pun ade kekhilafan...mulut orang tidak boleh ditutup, tp aku sambut dgn alhamdulilah..dalam sesuatu kerja atau persahabatan, kita tak boleh puaskan hati semua orang, kerana kita manusia biasa yg lemah, tapi kita akan berusaha ke arah yg terbaik untuk semua orang...terpulang kepada sesiapa yg menilai kita...selebihnya berserah kepada yg Maha Mengetahui...

Opss...aku dah melalut kemana dah, thanks buat korang yg sudi membaca ape yg aku tulis, actually aku nak cite pasal pertunangan adik aku, tp gambar tak copy lagi...pastu nak gi kursus lagi...rasa mcm tak sempat lak...nanti la bila balik kursus nanti, lately nie sibuk skit...tp takder la mengalahkan pegawai lak....ape2 luahan aku yg buatkan korang terasa aku mohon maaf la, aku ingatkan diri sendiri disamping tu berkongsi dgn korang sume...yg baik patut disebar2kan...yg buruk itu datangnya dari aku, yg baik itu datangnya dari allah...kita jumpa lagi entry akan dtg wokey....

Thursday 26 April 2012

Kenali Duta Kite..Hikhikhikhik...



Mesti korang kenal kan retis nie kan? Skang dah jadi duta Simply Siti


Erra Fazira..Duta Tudung keluaran Desa Murni..


Maya Karin...Duta Produk Loreal...


Rozita Che Wan..Duta Safi Rania Gold


Wawa Zainal...Duta Lipice


Nurul...Duta Glow & Glamour..


Yuna...Duta Olay Total Effects...


Dan Akhir skali....jeng3!!!!











DUTA CELCOM...SAVE BUDGET!...HAHAHAHAHA

Mainan Yahudi yang WAJIB anda tahu.....

"Sedarkah anda kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi??"


1. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka.
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola…

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Wednesday 25 April 2012

Ngantuk Wey!!...




Hai uolss....tak tahu nak mule dari mana, yg pastinya aku ngantuk sangat!!...semalam aku el setelah dapat panggilan pak saudara suami nazak kat hospital selayang...bergegas la aku dan somi ke sana...otw kesana mcm2 la dugaannya...nak berak la, nak kencing la..aduss...sampai2 jer pak induk(panggilan kpd pak saudara) baru jer menghembuskan nafasnya yg terakhir...meninggalkan kami semua...al-fatihah..moga rohnya tenang disana...

So, semlm sebok la skit...tunggu mak ayah somi datang dan bawaknya ke rumah pak induk di kepong, pas zohor baru disemadikan...mujur la waktu tu anak2 aku diumah pengasuh...so takde ler penat sgt, tp pagi nie baru la terasa badan sakit2...tgk somi pun dah lemau...jam dah berdering byk kali...nak bangunnya kemain liat lagi...sampai opis aku dah takde mood nak wat kije...mata dah nampak bantal yg empuk dah...huhuhuhu..ngantuk la wey..dah x leh nak pikir ape dah..okess la..nanti next entry la aku cite..

Monday 23 April 2012

SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFIK BLOG ::



Assalamualaikum!!!

Hai uolsss...ape lagi...dah terang lagi bersuloh kan...jom kite meriahkan lagi segmen jom tingkatkan  followers kita, aku memang suka bab2 nie.....boleh panjangkan silaturahim sesama blogger2 kita....terima kasih jugak pada owner blog nie...rajin menolong blogger yg baru bertatih2 nie (aku la tu) naikkan traffic blog...tak perlu berkata apa2...salam kenal dari aku, sudi2kanlah singgah blog aku...inilah aku seadanya...aku menulis apa yg aku rasa,bukan apa yg kau rasa...cewah!!...adios..

Wednesday 18 April 2012

Besarnya Pengorbanan Ibu.....

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !













Monday 16 April 2012

Aktiviti Ujung Minggu..

Assalamualaikum...

Hai uolss...nak berstory lagi nie, sebelum tu nak tanya la..pernah tak korang pegi perpustakaan Awam Selangor yang terletak di seksyen 13 tu? yang skang nie femes la sejak dah direnovate...kalah Natinal Library kat jalan tun razak tuh..nak dijadikan cite ari minggu aritu hubby aku ade kelas kat s.alam...so aku melepak la umah kakak ipar..petang tu dia ngajak ler aku pergi library tuh..apelagi..pergi ler walaupun masa tu hujan renyai2..kami pegi pun dah pukul 4 lebih dah...library tu tutup kul 5, ingatkan sampai malam...

Tapi satu ler nak komen skit, tempat dia tak stategik la, masuk ikut Kelab Golf tu, pastu ade ler perumahan elit kat situ...kalu org yg tak pernah pegi mahunyer sesat tuh..bagi aku bila sebut jer library mesti la terletak kat tempat yg stategik, senang orang nak dtg, ade kemudahan bla..bla..bla...betul tak? tapi tempat memang cantik, kat luar biasa jer...masuk dalam cam kondo..hehehehe..jom layan gambor..


Nie tempat untuk kanak-kanak...kalau korang perasan, mak ngan bapak budak yg dok melepak kat bawah pokok tu..hehehehe..

Inilah rombongan cik kiah kami...aku takde la..coz aku yg amik gambor...tgk tu blurr2 jer...maklum ler nak cepat...dtg pun dah lewat...

Masih lagi di bahagian kanak-kanak...korang nak tahu komputer diaorang nie semua brand apple...DELL,HP...x main ek!..hehehe

Pandangan dari tingkat 4...tak silap aku lar...

Nie saje aku amik dari atas ke bawah...cantik kan? kalau nak real..korang pegi sendiri

Tak caya!...tgk tuh...brand apple kan?!...kalau korang nak tahu kat sini ade bilik GIM...rasa bosan baca buku...nak bersenam ker..pegi ler, ade satu bilik khas la...aku tak sempat nak amik gambo...

Pandangan dari bawah ke atas...belasah la..aku bukan reti amik2 gambo nie..janji leh tgk..hehehhe..

Okes...yg nie groundfloor...tempat untuk berehat kot..kat bawah nie ade bilik untuk tgk wayang 3D ngan XD,tp kena bayar la....yg 3D tu RM7 seorang...yang XD tu RM10 seorang...gambo tak sempat nak amik coz kalut nak keluar..

Rak buku pun cantik..aku suker..National Library kalau wat cenggini baru la best...

Bila dah masuk sini kena la posing skit...

Posing lagi....hehehehe..abaikan jer..

Itu la serba sedikit yang boleh dikongsi buat korang sume, memang berbaloi pergi,oh yer..selipar atau kasut korang jgn sesekali ditinggalkan kat luar, ade beg disediakan untuk simpan korang punyer sandals...jgn sesekali letak kat luar...aku dah kena dah pun...keluar2 sandals dah takder, rupa2nyer pak guard tu dah letak kat kaunter utama..pergi la korang carik..mano la den tahu...lagi satu diaorang punyer staff nie tak friendly...tanya sepatah jawab sepatah...mungkin bengang kot kena kije hari minggu..hahahaha...tak rugi la kalau bawak anak-anak datang sini...

7 Tanda-Tanda Orang Yang Sombong..

Assalamualaikum....

Morning uolsss...ari nie aku dah start gi keje naik kete..alhamdulilah tak bleeding lagi dah...tp tension la skit,pepagi kalut la skit...dgn jalan jam memanjang...kesian laki aku...arini nie aku tak berani nak tanya dia sampai opis kul bape...bak pepatah melayu 'sarang tebuan jangan dijolok'..hahahaha...biar dia cool dulu...okes la sebenarnya aku nak berkongsi dgn korang nie...td aku terbaca 1 artikel 7 tanda-tanda orang yang sombong..terdetik kat hati aku?sombong ker aku? dalam hidup seharian kita tak sedar apa yg kita telah lakukan...doaku setiap hari agar dipermudahkan segala urusan, jauhkan diri dari sifat iri hati, menyakitkan hati orang...mudah-mudahan...tp manusia tak sempurna kejadiannya...mungkin tanpa kita sedari ada orang lain terasa dengan perlakuan kita...mana tahu kan..

Diantara orang-orang yang sombong:

1. cepat melahirkan sifat marah.


2. suka memotong percakapan orang.


3. suka bermujadalah yakni bertegang leher.


4. nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis.


5. bercakap meninggikan suara.


6. pantang ditegur.


7. tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.




Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat HATI kamu”.


Ketika kasih sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan….ketika itu sebenarnya… kita sedang merindui Ar Rahman & Ar Rahim.


Tidak…anda tidak akan mencari- cari kesalahan & mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan & aib sendiri.


Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia org tak berharta berasa susah hati, tp di akhirat org tak beragama berasa lebih sengsara. (Saidina Abu Bakar)


Sabda Rasulullah: “Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan.”


Mahatma Ghandi pernah berkata: Sekiranya kita ingin tahu siapa kita 5 tahun akn datang, perhatikan apa yg kita baca dan dgn siapa kita bergaul.








Thursday 12 April 2012

Tips Menahan Diri Dari Memarahi Anak

Assalamualaikum...

Hai uolsss....bila start berblog nie memacam la aku nak share kat korang, mcm aku yang dah ade anak nie..tipu la kalu aku cakap aku tak pernah marah anak2 aku tu...kekadang kat umah tu suara aku tu dah sama macam suara tarzan...kekadang laki aku pun rimas..time aku ler dia rimas...time dia jerit...ngalahkan aku..hehehe...

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di akhirat nanti.





Rindunyer!!

Assalamualaikum...


Alhamdulilah diatas izinnya aku masih lagi disini...bukan menyepi dari dunia blog nie, cuma keadaan memaksa...eceh!..hehehe...hari ni dah masuk 20 minggu dan itu bermakna dah 5 bulan aku mengandung..sekejap jer kan? Tapi kali ni banyak betul dugaannya....pregnant kali nie aku selalu je bleeding...itu antara sebabnya mengapa aku tak aktif sgt, aku risau....kalau ikutkan dah brape kali aku bleeding...maybe lain anak lain ragamnya...banyak yang aku nak stori kat korang...hehehehe...tapi yang peliknya aku bleeding bukannya uri kat bawah...ntah la, aku pun tak biasa dgn situasi mcm nie...first time jadik mcm nie...takde ler aku angkat berat2..takkan kemas umah pun leh bleeding kan?mungkin korang ade pengalaman bab2 nie?stori la kat aku skit...tp bila scan doc cakap anak aku ok jer...pastu bagi aku ubat kuat rahim, katanya rahim aku tak berapa kuat...lagi satu aku rasa salah aku gak....makan ubat tu waktu bleeding jer..patutnya kena makan hari2...hehehe...doc pun tak ckp..aku pun tak tanya...ini la padahnya..

Tapi paling aku suka bila doc pakar jantina anak aku nie!..jeng3...doc ckp kali nie anak aku gugurl...gembira tak terkira...jika betul girl..aku berterima kasih padamu ya allah...engkau maha mendengar setiap doaku...aku memang teringin nak anak perempuan, tiap kali lepas solat, itu la doa yang selalu aku panjatkan...kekadang aku selalu terbeli baju pompuan kat si aman tu...ingatkan lelaki...tp bila pakai seluar ketat kat kaki lak...hehehe...rasa mcm betul dah aku pilih...tp idok ler caler pink aku belikan...itu bukan silap lagi..itu dah kemaruk tuh....hehehehe...

Korang doakan la agar kali nie betul2 pompuan ek...nanti awal bulan 5 nie checkup lagi...kali nie minum air gula lak..tak penah2 aku minum air gula, nurse ckp nie prossedur baru...idok ler aku tahu..anak yg dulu ok jer...ini lagi la buat aku tension..riso ler jugak..tetiba dia kate ade kencing manis, tanya kengkawan...air gula tu bukannya kecik2 gelasnya...paling beso..ntah iye ntah idok...ntah2 kengkawan aku nie sesaje nak takutkan aku...aku kalau bab2 nie risaunyer lain mcm...kalu buleh aku nak dgr doc ckp kat aku camni 'ok.. baby awak sihat..awak pun takde masalah..nanti dtg chechkup sekian2 haribulang'hehehehe...buleh ker?

Disebabkan bleeding jugak la laki aku terpaksa bawak kete...selalunya sebelom nie naik motor jer..itu antara sebab kenapa aku bleeding...hehehe..ari nie baru la start naik kete..tension betul..kesian kat laki aku la...dia kalut la...takut tak sempat...kalu naik kete kami terpaksa la bertolak kul 6.30pagi, kalu dah 6.30 pagi maknanya antor budak2 tu awai ler...kesian kat makcik tu...pepagi dah ketuk pintu umah dia, si azim pulak terpaksa la gi sekolah awai..kesian dia, tp nak wat camaner dah...terpaksa, tengok la dalam 2 minggu nie naik kete...bila dah rasa ok skit..buleh la naik motor kot..korang tahu kan, jalan kat kl nie...jam memanjang...

Buat hubby terima kasih sanggup berkorban untuk aku, bukan setakat menempuh jem jer...tp sanggup menolong aku membuat keje umah...membasuh baju, mengosok baju..mengemop lantai dan sebagainya...masa aku tak ngandung pun dia buatkan...hehehehe...okes la...terima kasih buat korang jugak kerana sudi membaca celoteh aku hingga ke penghujungnya...

Tuesday 21 February 2012

Al Fatihah...


Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.



Monday 20 February 2012

Amalan Romantik Suami Isteri...





1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau 
usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.


16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.


17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.


18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!


20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.




***alhamdulillah..masih banyak yg kami kekalkan dan praktikkan**


Friday 17 February 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran..





    • 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

      2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

      3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

      4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

      5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

      6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

      7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

      8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

      9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

      10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Thursday 9 February 2012

Cadangan Gaji SBPA Mac 2012...


Cadangan Gaji Terbaru Perbandingan  Gaji SSM/SBPA Mac 2012....kalau mcm nie dari awal..aku rasa sume setuju...tp ini baru cadangan..tak tahu la diterima atau tak...apa pandangan korang?

Friday 3 February 2012

Kuarters Kerajaan Part 1

Salam uolss...korang sume tak balik kampung ker, sape2 yg kije gomen tu..untung kan, leh sambung cuti...balik kampung, aku ritu dah pun balik kampung aku kat Terengganu...minggu nie turn balik kampung suami lak di Melaka...bercoti sakan ko...kat opis aku nie pun dah terasa sunyi...ramai yang bercoti...dalam dok2 mabuk2 nie, kalau bab berjalan tu laju jer aku...mabuk dah jadik nombor 2...hikhikhik...

Okess...kali nie aku nak kongsi skit pasal kuarters kerajaan nie, ade sesape yang dok kuarters gomen...untung la ek keje gomen, kuarters bagi, bonus bagi..ape lagi korang nak...hehehehe...termasuk la aku, actually aku pun dok kuarters..itu pun atas nama hubby aku, mesti korang pernah dgr kuarters kerajaan jalan u-thant, area desa pandan tuh...kat area situ kuarters besar2...sesape yang dah ade dlm senarai menduduki kuarters area situ mmg untung la....kekadang aku pun tak larat nak mengemasnya...jom layan gambo..


sebelum masuk kuarters nie aku menyewa di sri rampai,area wangsa maju tuh...tahun nie aku dah 5 tahun mendiami kuarters tersebut...psst..sofa tu aku baru jer beli..dari cavenzi..senang skit nak tgk tv...kalau tak sebelum nie kami baring jer depan tv anak beranak...hehehe..

okess...nie ruang menonton tv..rumah aku nie takde pape yg best pun..maklum la baru hidup berkeluarga...hehehe...ade kerusi,meja makan,tv..etc....itu jer..jati2 tu takde ler....

Nie aku amik dari pandangan hadapan, kat hall dia ade 3 bijik kipas, jenuh nak mengelapnya..ikut hati tu teringin gak nak cat umah nie, dah tanya bph dah...depa cakap buleh cat, tp nak kuor kena cat seperti asal balik...dah la umah nie besau...jenuh aku nak catnyer...kena upah org gamaknya..tunggu la budget 2012 nie..kot2 ade duit tersepak...

Kan aku dah cakap...takde pape...kerusi jerk...hehehehe...kuarters yg aku duduk nie ade 4 bilik, 3 bilik air dan 1 bilik stor......kalu korang perasan..sume barang dalam umah aku color brown(betul ker ngeja nih..)memang color feberet aku...beli pape pun mesti color tu..atomatik ko...kalau buleh dinding umah pun aku nak color warna tuh...hehehehe

Ha...aparment yang korang nampak tu adalah Perumahan Angkatan Tentera...sebelah jer ngan apartment kitaorang...


Nanti next entry aku upload bilik lak...pada sesape yang keje area kl dan nak memohon kuarters tu...baguih la..harap2 ini boleh dikongsi bersama-sama..mesti berkobar2 nak pindah kan...korang yg dalam permohonan tu..korang push skit bph tu...hikhikhik..aku pun tak tahu sampai bila leh dok sini..sampai masa diarah keluar..maka keluar la aku...sobsobsob..bagi peluang pada yang lain lak, harap2 jgn lagi la...hehehehe...

Yes!!..Aku Jadik Cucu Atok!!



Salam uolss...sorry sesgt sebab lama tak online...akhir2 ni aku teruk sgt...morning sickness ko...kali nie rasa mcm teruk sgt..berbeza dengan anak2 yang sebelum nie..kepada kengkawan yg singgah2 kat blog aku tu...sorry sgt...nanti dah ok skit...aku akan terus berblogging...buat komen2 yang ditinggalkan..aku akan sedaya upaya membalasnya....korang jgn risau...bagi la aku masa yerk...

Hari nie aku teringin nak bukak blog Apo2 Yolah tu..aku memang suka blogwalking..bukan blog atok saje,blog yg lain2 pun aku menunggu, mana tau blogger yg beribu riban folowwerss sudi terjah ke blog aku, sudi follow blog aku, at least bagi aku semangat untuk berblog..takder ler selama nie aku syok sendirik..hehehhe...tapi aku suka segmen cucu -cucu atok tu..dah lama aku teringin nak jadik cucu dia, cuma aku tak confiden jer..maklum la..aku nie baru lagi..banyak yang tak tahu tentang dunia blog nie kalau nak dibandingkan dengan otai2 tu kan...ayat2 aku pun berterabur...tapi bila dia iktirafkan aku cucu dia..kemain sonok lagi aku...sebelom nie asyik dok tengok blog org lain jer jadik cucu dia...hehehehe...tiba2 rasa rendah diri..sape la aku nie..hahahaha...

Untuk blogger yang lain tu...bukan aku tak suka...aku suka..slalunya aku akan tinggalkan jejak aku kat situ...dgn harapan singgah la blog aku...tak malu kan aku...tapi itu la hakikatnya..tak perlu aku sorok-sorok...itu yang aku rasa...lain orang lain pendapat....tp pendapat korang tentang penambahbaikan tu aku hargai...aku akan buat sebaiknya...tegur la aku jika aku terpesong jauh...aku manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan...

Buat atok...terima kasih banyak...dengan terpilihnya menjadik cucu atok tu..den raso bersemangat untuk berblog...terimo kasih kerana jugak menjadik kawan di dalam dunia blog...biarlah usio berlainan...biorlah atok bujang...tapi aku dah kawen...hehehe...tp jiwa aku tetap muda...tetap giler2 mcm budak2 bujang...hahahaha...yang penting kita mesti happy...baru la jiwa tu segar...lantak la korang nak cakap aku tak sedor diri...tp itu la jiwa aku...nak buat camno? hehehehehe...