Aku Sayang Kamoo!!

Friday 25 November 2011

Makan-makan..

Minggu lepas aku ngan kengkawan gi lunch kat luar, dah jemu makanan kat kantin nie..hari2 dok ngadap itu jer...tapi kali ni mak hayam kami yang blanje..buat mak hayam moga2 murah rezeki...kami lunch kat HORNBILL RESTORaN & CAFE, tahu kat mana?? kat Taman Burung...tak tahu pulak aku ade taman burung kat kl nie(kesian kat aku)...setahu aku kalau nak tgk binatang pergi jer zoo...senang..,cakap dok kl...tapi tempat mcm tu pun x tahu...waktu bercinta dulu mana pernah pegi area situ...lagipun laki aku bukan jenis suka berjalan...x kisah la x kenal burung pun..janji aku ader le kenal burung lain...hahahahahaha..

Okey, berbalik cite kita tadi...harga makanan kat restoren tu pun boleh tahan jugak la mahalnya...bagi kami kalau gaji tu boleh la gi makan, tapi kalau selalu tu...kopak jugak la...kalau korang yang banyak duit tu,rasanya celah gigi je kot harganya, kebanyakan yang makan kat situ pelancong-pelancong la...aku ader ler  amik2 gambar masa tgh tunggu order tuh...

Add caption
mak hayam (tukang blanje), ira and me

me,mizz yana and mak hayam
mak hayam, ira and me

ini je sempat amik...lain x sempat..lapo sgt!

Kepada sesapa yang ade anak tu bleh la bawak diaorang datang hujung2 minggu tu....kenalkan burung2 pada anak2 anda dan suami anda...hehehe...kat sebelah taman burung tu ade taman orkid...kepada pencinta flora tu sesuaiss la rasanya tu....





Inilah aku seadanya...thankz for reading.....

Thursday 24 November 2011

Buat Seorang Yang Bernama Suami..


Suamiku tercinta...
Engkau adalah anugerah terindah Tuhan bagiku..
Engkau adalah orang yang ku cintai dah ku pilih diantara yang lainnya..
Dan aku bahagia menghabiskan sisa hidupku bersama mu..

Memang ku sedari..
Engkau bukanlah lelaki sempurna yang tak pernah berbuat salah..
Namun aku mencintaimu apa adanya dirimu
Seperti engkau juga mencintaiku apa adanya...

Dan memang...
Kehidupan bersamamu tidaklah selalu tertawa..
Tidak juga selalu tersenyum..
Bahkan tak jarang kesedihan dan airmata mewarnainya..
Tetapi aku menerima itu semua sebagai bagian yang memang harus ku jalani bersamamu..

Di sisimu..
Aku merasa dilindungi, aku merasa dicintai dan aku merasa bererti..
Rasanya tak mungkin ini terjadi jika bukan kamu disampingku..
Kau begitu istimewa dimataku, dihati ku, dijiwaku..
Kerana itulah aku ingin selalu berada disamping mu..
Baik dalam suka dukamu
Dalam sihat dan sakitmu

Suamiku..
Engkau adalah hal terindah dalam hidupku
Terima kasih telah memilihku dan terima kasih buat anak-anak yang luar biasa ini
Dan aku berjanji selalu setia dan mencintaimu seumur hidup aku..

Aku yang mencintaimu...



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE 32...MOGA JODOH KITA HINGGA KE HUJUNG NYAWA...AMIN,,



Inilah aku seadanya,,,,thankz for reading...



Wednesday 23 November 2011

Lelaki Mulut Di Hati, Wanita Hati Di Mulut...

Sesuai ngan tajuk kat atas tu, aku sebagai wanita selalu ingatkan diri agar jangan sesekali sakitkan hati orang, berfikiran positif, tetapi kadangkala aku sedar aku manusia yang lemah, tidak lepas dari melakukan dosa dan kesalahan..kekadang mulut pun ingin berkata2 jugak...ingin meluahkan apa yang aku rasa walaupun ianya pahit untuk diterima...

Bagi yang bekerja, mungkin dah faham apa itu WAKTU REHAT kan? bagi aku yg keje gomen nie waktu antara pukul 1-2 ptg tu adalah waktu rehat bagi kakitangan kerajaan, masa untuk diri sendiri, berehat sekejap setelah penat bekerja, x kisah la nak buat apa...tido ker,baca majalah ker...apa yang aktiviti yang korang suka, tapi jangan la mengganggu masa rehat orang lain, kita sebagai manusia yang diberi fikiran kena peka tentang keadaan sekeliling kita...contohnya macik kat opis aku nie,pukul 1 mmg time dia bukak radio, bukannya x boleh...boleh?aku pun x salahkan dia,mungkin telinga dia x berapa nak dengar..mana kita tau kan, kekadang bila dah tua nie mcm2 penyakit suka menyinggah kat badan kita, jangan kata kita muda takde penyakit!..hehehhe... tapi tak perlu la bukak kuat2 sampai mengganggu ketenteraman orang lain, tengok sekeliling..tak semua orang disekeliling kita mahu mendengar radio, ada yang nak melelapkan mata sekejap...tak kisah la apa aktiviti mereka, kita sebagai kawan harus menghormati waktu rehat mereka...nak kata x tahu tapi dah lama hidup dari aku...kang  kalau ditegur kata tak hormat pulak....serba salah rasanya..

Aku bukan nak kata aku bagus, tapi benda begini harus ada dalam diri....jangan terlalu pentingkan diri sendiri, kekadang kita perlu amik tahu hati dan perasaan orang, hormat menghormati kerana kita hidup dalam masyarakat, kita memerlukan satu sama lain....jadikan contoh pada anak-anak kita...

Inilah padahnya bila mulut berkata-kata,moralnya pada aku, hormati privasi orang....aku menulis apa yang aku rasa...yang buruk itu datangnya daripada aku, yang baik itu datangnya dari Allah...













Inilah aku seadanya...thankz for reading....

Ketiak Basah...


Tergelak aku bila baca satu blog hiburan nih...ketiak basah pun boleh jadi isu ekk...kalau dah namanya retis(artis)...cuba kalau bukan retis, pakai spenda longgar ikat kiri kanan pun orang x kisah...pakai bra tali longgar pun orang tak nampak...kalau nampak pun ade orang kisah!!...buat la apa saja...takde sape nak pandang..coz ko bukannya retis...

Tapi yang best pasal retis kat dalam gambar tuh..ketiak dia dua2 basah...bukan basah biasa2..lencun tuh...agaknya tempat tu aircond takde kot...atau mmg pesyen baju dia kot..kat bawah ketiak tu mmg kaler dark blue kot...tapi bila orang tgk mcm ketiak basah...kan3??? blajar berfikiran positif...hehehehehe...


p/s: Kadang kala kita tak mampu nak memenuhi kehendak orang lain, kita hanya nampak kesilapan orang lain,sedangkan kesilapan sendiri tanpa disedari....apa yang penting jadilah diri sendiri...







Inilah aku seadanya...thankz for reading.......


Ubat Batuk Dan Selsema...

Dah nak masuk seminggu aku batuk,selsema...mmg tiap kali batuk ngan selsema aku makan ubat jer, jarang pergi klinik...ubat batuk biasanya beli kat kedai jer, kalau ubat selsema tu beli kat farmasi jer..2 kali makan selsema dah ilang...pagi nie aku terbaca artikel dari Dato Dr Jemilah Mahmood dari Hospital Gleanagles, tentang bahayanya ubat batuk dan selsema pada kita dan anak2 kita....jom kita kongsi bersama...

  • UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles). Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. 
  •  Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). 
  • BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain. 
  • UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE : Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Children’s Cold Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief Comtrex Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic Triaminicol Cold & Cough 
  • Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D



Lepas nie kalau batuk2 skit tu tak payah la makan ubat, kita pakat2 cuba petua2 orang dulu2..mana tau berkesan kan? Ubat2 sekarang nie memang la menyembuhkan..tetapi kita tidak tahu kesan sampingan akan datang...belajar la sayangi diri kita dan keluarga kita....pas nie memang aku x makan dah....hehehehe..






Inilah aku seadanya.....thankz for reading...

Monday 21 November 2011

Duit Dengan Cinta,Mana Lagi Penting??...

Monink uolsss..arini  nak tanya uolsss,antara cinta dengan duit,mana lagi penting?? Ketika ada wang dan sekaligus cinta maka hidup akan bahagia, tetapi ketika diminta untuk memilih satu daripadanya, ramai orang terjerebak di dalam pilihan sendiri...

Jadi, cinta atau duit???

Yang mana lebih penting, duit atau cinta?..Duit?...Tiada wang tiadalah cinta. Itulah hakikat yang perlu diterima. Zaman sekarang nie,bukan nak kata la, tapi itulah yang terjadi,setakat ikhlas,jujur, i love u,mana cukup?? betul tak??

Kenapa kebanyakkan orang beranggapan wang lagi penting dari cinta?? KENAPA?KENAPA? lu fikir la sendiri..(bak kata nabil..hehehe)

Bagi aku dua2 penting...nak keluar dating nak jugak pakai DUIT, bila cinta dah berputik nak masuk meminang...DUIT lagi,nak kawin..lagi la byk nak pakai DUIT,dapat lak makwe yang jenis nak buat grand2 bagai..kalah retis2(artis2) malaysia nih..tak ker DUIT tu?  dah kawin nak sewa umah..DUIT lagi, dah kawin mesti la beranak kan??...Nak mati pun kena pakai DUIT...DUIT lagi..cuba citer kot2 aku x tahu cinta apa yang x guna duit? Itu sebab pompuan yang lawa2 skang nie kalau nak kawin cari DATUK,VVIP,anak kerabat2..senang nak itu dapat,nak ini dapat...x kisah la tua kerepot ker,badan berlipat2 ker,perut terbonyot2 ker...apa nak susah..malam tutup lampu bukan nampak pun...hahahaha..terover la pulak aku...

Buat uolss semua, tepuk dada tanya la diri...duit dengan cinta,mana lagi penting?? Aku menulis apa yang aku rasa,ikhlas dari hati....







Inilah aku seadanya..thankz for reading...

Friday 18 November 2011

Tentang Seseorang...

Tentang seseorang yang bertakhta kat hati aku...sape lagi,SUAMIKU la...meh aku story skit bagaimana?mengapa?kenapa?dimana?bila? bibik cinta nie bermula...aku mengenali suamiku nie melalui kawan ku yang jugak kawannya...kisah cinta aku nie simple jer,x lah sehebat citer hindustan,keliling gunung ganang bagai...pastu tukar2 baju 5-6 pasang...x de maknanya...

Aku pun x sangka yang jodohku denganya, pertemuan pertama kami semasa aku keluar dinner ngan member2 aku dan dia sertai skali, keesokkan harinya dia menelefon aku dan sejak itu aku rapat denganya...tup2 dah setahun lebih bercinta,opss...BERCINTA??? aku x sedar sejak bila aku sukakan dia...tapi bila bersama tu aku rasa happy,seronok,bahagia...mungkin itu yang dinamakan CINTA?? so dipendekkan citer la,,kang panjang2 jenuh pulak korang nak membacanya...aku pun bertunang....tunang pun x lama...6 bulan jer,(gambar tunang aku x sempat nak copy mlm tadi..hehehehe)...pastu kawin...hahahahaha..itu jer..so, jom kita layan jer gambar kat bawah nie

gambar amik masa gi jalan2 kat time square


dia mmg x reti senyum bila bergambar...gambar nie dia buat2 senyum..

hehehehe...akhirnya bersatu...



So sampai sekarang aku bahagia denganya..sekarang bila nak amik gambar dia dah pandai senyum2..hahahaha..dialah yang terbaik buat aku, aku tak dapat bayangkan bila suatu hari dia tiada disisiku...aku hanya mampu berdoa..moga allah panjangkan umur suamiku agar dia dapat menemani aku hingga ke akhir hayatku..aku juga berdoa biarlah aku yang pergi dulu..kerana aku tak boleh hidup tanpa dia.......Terima kasih kepadamu Ya Allah kerana dengan nikmat mu kami masih lagi bersama sehingga hari ini....




Inilah aku seadanya...thankz for reading.....

Dinner At Home...

Sekarang nie asyik hujan jer...alhamudlillah dapat lagi merasa nikmat Allah...dulu kalau kat kampung waktu aku kecik2..bila ujan jer memang cukup seronok, paling aku ingat tiap kali ujan mesti mandi bawah coreng atap nenek aku..mmg best la, yang peliknya payah pulak nak kena demam, sekarang ujan setitik pung boleh deman..bab kata orang lain dulu,lain sekarang..

Petang semalam aku balik keje pun tgh ujan,aku pergi keje biasa la..REMPIT,kat kl nie mana leh bawak kereta,ujan setitik jam punyer la panjang...balik2 keje amik anak, trus bersilat kat dapur..laki aku awal2 lagi dah tanya...'masak ker beli??..hehehehe...aku jawab ler..'ari nie masak la..'coz aku jarang masak,lagipun makan berdua jer,anak2 aku sebelum amik pengasuh dah bagi makan kenyang2,kekadang bila masak tu..x abis buang jer,membazir kan??masak skit pun x abis... aku cukup kagum dgn MAMATIAMIA tu...hari2 ade jer menu dia...jom layan aku masak..

nie cili api ngan kunyit jer,setengah orang letak bawang bagai..aku simple jer..


serai nie aku ketuk2 skit...



Jeng3..dah siap..masak lemak cili api ayam...
sambak tempotak..gambar nie aku google coz lupa nak amik..

Ikan goreng.....


Masak nasi 3 pot..licin!! makannya 3 orang jer...melampau kan, anak2 aku memang suka masak2 mcm nie...pedas2 skit lagi la selera diaorang makan....bila tengok diorang makan..hilang penat memasak...


Inilah aku seadanya...thankz for reading..



Thursday 17 November 2011

Layan....

Kalau korang sume nak tahu, selain hobi aku baca novel, aku mmg suka baca komik...especially buku lawak GILA-GILA (betul ker komik nie...confius la), dari dulu mmg itu jer yang aku dok beli sampai la dah kawin,dah beranak itu la yang aku ngadapnya,sekarang suami aku dah tahu buku feberet aku,kalau ternampak jer buku tu terus jer beli....bagi aku baik layan kartun dari dok layan citer2 artis nie...otak relaks, mulut pun x caruts bukan2...tgh2 marah pun boleh cool layan kartun nie...so x perlu aku nak membebel ntah apa2...jom layan 1 citer nie...

Minyak Wangi 
Kejadian ini terjadi pada suatu terminal bas ketika menjelang perayaan. Ketika itu terminal penuh sesak, sehingga untuk berjalan pun susah. Seorang perempuan, dengan susah payah akhirnya dapat duduk di satu seat yang masih lagi kosong.
Kerana lama sangat menunggu tetiba perempuan tadi terasa ingin membuang air kecil .... kacau² fikir perempuan ini.
Kalau turun, hendak ke tandas, tempat duduk ini tentu akan menjadi milik orang lain.
lantaran itu, perempuan itu membuang air kecil disitu ( seat sebelah nyer )

Tak lama kemudian datang seorang lelaki yang hendak duduk di sebelah perempuan tersebut. Melihat tempat duduknya basah, maka lelaki itu pun bertanya :

Lelaki : Maaf yer . . , mengapa tempat duduk ini basah ?

Perempuan : Oh . . maaf, ini . . anu . . , minyak wangi saya tadi tumpah . . , tak ada tutupnya . . . .

Kemudian lelaki tadi mengeluarkan sapu tangannya dan mulai membersihkan tempat duduk itu. Akan tetapi dia mula curiga dengan baunya yang lain, maka diciumnya sapu tangan itu . . . .

Akhirnya sambil tersenyum lelaki itu berkata : Wah . . . . . , kalau minyak wangi yang seperti ini . . , penutupnya ada pada saya....... 





Cita-cita tinggi.....

Assalamualaikum...

Ini ade lagi satu cite lg lucu...bagi aku la, kalau korang rasa x lucu..senyum pun cukup...yg pastinya kat aku mmg lucu..aku harap juga jgn la bila anak aku besar nie buat lawak mcm nie...tetiba bebudak sekarang nie x boleh diduga...budak2 skang nie ramai pandai dari budak2 dulu...lagi advance la katakan..senang citer...jom kita layan..

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga.




inilah aku seadanya...thankz for reading...

Wednesday 16 November 2011

12 cara isteri sentiasa disayangi suaminya...

Assalamualaikum...

Khas buat isteri2..adakah anda tergolong dalam 12 cara isteri sentiasa disayangi suami..tepuk tangan tanya la kawan sebelah samaada dia dgr ker x? kalau x dgr..hadiahkan kawan anda putik kapas..hahaha..jgn sentap..gurau di waktu petang, jom kita layan...


1.       • Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.
Jawapan Aku: Memang slalunya aku la yg bangun dulu...

2.       • Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.
Jawapan Aku: Hari minggu jer la....ari lain x sempat..bab nak Tanya menu apa tu..dari mlm lagi aku dok Tanya..mithali kan aku..hehehhe

3.       • Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.
Jawapan Aku: Ini terbalik skit...dia hantar aku bukan depan pintu umah jer...pintu opis..masa tu aku mmg serapi-rapinya la,dah bersolek bagai...nak gi keje kang...

4.       • Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.
Jawapan Aku: Aku akan sambut dia kat pintu pagar opis dengan senyuman meleret2...

5.       • Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.
Jawapan Aku: Kuih yang dibeli masa on the way balik umah ngan air Nescafe jer...itu pun kekadang jer...jika blk lewat skit aku terus bersilat kat dapur...

6.       • Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.
Jawapan Aku: T-shirt,blaus, jean,bedak baby,gloss,lipstick...asli kan??

7.       • Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.
Jawapan Aku: Betul tu aku setuju...tanya nada suara yg manja2..lentok2...hahaha

8.       • Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.
Jawapan Aku: Sejak kahwin aku la tempat dia mengadu...aku la kawan,aku la isteri,aku la segalanya untuk dia..

9.       • Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.
Jawapan Aku: Aku la sahabat paling best buat dia...dia cakap la..hahaha
10.   • Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.
Jawapan Aku: Betul2....setuju...itulah tonggak kebahagian

11.   • Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.
Jawapan Aku: Betul2...
12.   • Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.
Jawapan Aku: Bab nie..akan aku berubah dari semasa ke semasa.sesungguhnya aku wanita yg lemah $$$$$$.




inilah aku seadanya...thankz for reading...